Biasiswa

Biasiswa

Breaking News

Dalam Negara

Dalam Negara

31 Disember 2014

Senarai 67 Tempat Mohon Biasiswa, Bantuan Kewangan dan Pinjaman Pelajaran

Bagi mereka yang masih tercari-cari sumber biasiswa, bantuan kewangan atau pinjaman pelajaran untuk menyambung pengajian, berikut merupakan antara senarai tempat untuk anda membuat permohonan.

Berikut merupakan senarai tawaran biasiswa terkini yang masih terbuka untuk permohonan.

[Tarikh tutup] Nama Biasiswa

[13 Jun 2014] Anugerah Biasiswa Powertek Energy 2014

[20 Jun 2014] Biasiswa Baitulmal MAIWP (Jordan) 2014

[22 Jun 2014] Biasiswa PETRONAS Luar Negara 2014

[27 Jun 2014] Dana Biasiswa YTL Power 2014

[30 Jun 2014] Biasiswa Yayasan Wah Seong 2014

[30 Jun 2014] Biasiswa Top Glove 2014

[30 Jun 2014] Biasiswa Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) 2014

[4 Julai 2014] Biasiswa ECM Libra 2014

[18 Julai 2014] Pinjaman Pendidikan Yayasan KUOK 2014

[18 Julai 2014] Biasiswa Yayasan KEN 2014

[21 Julai 2014] Biasiswa IOI Group 2014

[20 Ogos 2014] Biasiswa Samling - Yayasan YTS 2014

[September 2014] Biasiswa JPA PIDN 2014

[15 Oktober 2014] Biasiswa Sains dan Teknologi HLAF 2014

[29 Disember 2014] Biasiswa Yayasan KUOK untuk Politeknik Malaysia 2015

[23 Januari 2015] Biasisa Merdeka Khazanah - OXCIS (Oxford Center for Islamic Studies) 2015

[31 Mei 2015] Biasiswa IELTS British Council 2015

Agensi Tempatan:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Yayasan Pelajaran MARA
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Kementerian Pertahanan
PTPTN

Agensi Yayasan Negeri:
Yayasan Wilayah Persekutuan
Yayasan Perak
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Yayasan Selangor
Yayasan Negeri Sembilan
Yayasan Melaka
Yayasan Pahang
Yayasan Sarawak
Kumpulan Yayasan Sabah
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
Yayasan Pelajaran Johor
Yayasan Terengganu
Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis
Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Pulau Pinang
Yayasan Kelantan
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC):
Yayasan Khazanah
Yayasan Telekom (TM)
Petronas
Bank Negara
Yayasan Proton
Yayasan Bursa Malaysia
Yayasan FELDA
Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Creative Industry Lifelong Learning Programme

Tawaran Biasiswa 2013
Agensi Swasta:
Taylor's Universiti College
Universiti Multimedia
International Medical University (IMU)
Fairview International School, Kuala Lumpur
ASTRO
HSBC
MAXIS
Yayasan Chemical Company of Malaysia (CCM)
UEM Group Berhad
United Malacca Berhad
Utusan Group
Yayasan Sime Darby
American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) and the Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE)
The Star
Kuok Foundation Berhad
GAB Foundation
Sin Chew Daily
Yayasan Tunku Abdul Rahman

Pensyarah IPT:
Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) & Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB)
Hadiah Latihan Persekutuan
Biasiswa Sub Kepakaran dan Pos Doktoral

Pelajar IPT:
Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA (BKTA)
Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)
Biasiswa Sukan
Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA (Asasi)
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP)

Orang Kelainan Upaya (OKU):
Bantuan Kewangan Orang Kelainan Upaya (OKU) di IPT
Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas Politeknik


Pelajar Antarabangsa:
Biasiswa Antarabangsa Malaysian International Scholarship (MIS) - Ijazah Lanjutan
Malaysia Technical and Cooperation Programme (MTCP) for Postgraduates Studies
Commonwealth Scholarship and Fellowship Plan (CSFP)

Orang Awam:
MyPhD
MyMaster
MyBrainSc
PhD Industri




Read more ...

30 Julai 2013

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (Ijazah Pertama) 2013

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (Ijazah Pertama) 2013 ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi kemasukan September 2013.

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang ditubuhkan sebagai badan amanah untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan inisiatif dan usaha tanggungjawab sosial korporat mereka terus dipenuhi melalui pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada para pelajar yang layak. Ini merupakan satu sumbangan langsung ke arah pembangunan tenaga kerja profesional untuk negara dan TNB.

Tarikh tutup: 5 September 2013
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional untuk peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Kejuruteraan dan Perakaunan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) | Scholarship

Bidang-bidang pilihan:
  • Kejuruteraan Elektrik (Kuasa);
  • Kejuruteraan Mekanikal;
  • Kejuruteraan Awam;
  • Perakaunan.
Syarat Kelayakan:
  • Lulus STPM 2012 dengan mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.50; atau
  • Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi 2013 dengan mencapai minima PNGK 3.50;
  • Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2013;
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum;
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi;
  • Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN;
  • Khusus untuk pelajar kemasukan baru semester pertama tahun 2013 yang telah mendapat tempat di IPTA;
Cara Memohon:
  • Permohonan Biasiswa YTN (Ijazah Sarjana Muda) 2013 hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan di bawah:
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan;
  • Senarai calon yang berjaya untuk temuduga akan dipaparkan melalui laman web Yayasan Tenaga Nasional yang dijangkakan pada 10 September 2013;
  • Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut mengenai perkara-perkara yang berkaitan:
  • Hal-hal berkenaan Penajaan:
    • Puan Zalina Abdul Ghani (03-8924 7514)
    • Cik Fatimah Mustafa (03-8924 7539)
  • Hal-hal berkenaan Masalah Technical / Sistem Online
    • Encik Mohd Amrizal Ibrahim (03-8924 7549)
    • Encik Mohd Jafri Ismail (03-8924 7523)


Sumber: Yayasan Tenaga Nasional
Read more ...

27 Julai 2013

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (Ijazah Lanjutan) 2013

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (Ijazah Lanjutan) 2013 ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti Program Sarjana (Master) dan Program Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi tahun akademik 2013.

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang ditubuhkan sebagai badan amanah untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan inisiatif dan usaha tanggungjawab sosial korporat mereka terus dipenuhi melalui pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada para pelajar yang layak. Ini merupakan satu sumbangan langsung ke arah pembangunan tenaga kerja profesional untuk negara dan TNB.

Tarikh tutup: 28 Julai 2013
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional untuk peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Universiti Tenga Nasional UNITEN

Bidang-bidang pilihan:
Sarjana: Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Perakaunan (ACCA).
Doktor Falsafah: Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Teknologi Maklumat, Sains Komputer.

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun (Sarjana) dan 35 tahun (Doktor Falsafah) pada tahun 2013;
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum;
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi;
  • Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN;
  • Bagi program Sarjana, pemohon perlu lulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.33 atau setaraf;
  • Bagi program Doktor Falsafah, pemohon mesti lulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 atau kelas pertama / Lulus master dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.33 atau setaraf;
  • Mengikuti pengajian sepenuh masa;
  • Tidak bekerja;
  • Tidak ditaja oleh penaja lain.

Cara Memohon:
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut mengenai perkara-perkara yang berkaitan:
  • Hal-hal berkenaan Penajaan:
    • Puan Roba'aiyah Abdul Ghani (03-8924 7516)
    • Encik Mohd Nasir Ali (03-8924 7519)
    • Encik Ahmad Iqbal Izzuddin Kamarudzaman (03-8924 7537)
  • Hal-hal berkenaan Masalah Technical / Sistem Online
    • Encik Mohd Amrizal Ibrahim (03-8924 7549)
    • Encik Mohd Jafri Ismail (03-8924 7523)


Sumber: Yayasan Tenaga Nasional
Read more ...
Designed By Blogger Templates