Loading...
12 Januari 2013
57 Senarai Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Bantuan Kewangan Diploma Politeknik 2013 Yayasan Kuok Berhad

Yayasan Kuok Berhad mempelawa permohonan Bantuan Kewangan Diploma 2013 untuk warganegara Malaysia yang akan memohon atau sedang mengikuti kursus-kursus diploma sepenuh masa di Politeknik Singapura berikut:
  • Politeknik Nanyang
  • Politeknik Ngee Ann
  • Politeknik Republik
  • Politeknik Singapura
  • Politeknik Temasek


Jenis Bantuan:
Bantuan pinjaman penuh atau separuh pinjaman separuh geran pengajian. Bahagian pinjaman untuk bantuan pengajian adalah tanpa faedah dan dibayar melalui ansuran bulanan selepas tamat pengajian.
Bantuan Kewangan Pengajian Diploma 2013 Yayasan Kuok Berhad
Tarikh tutup: 28 Februari 2013

Nilai bantuan kewangan adalah sebanyak RM12,000 setahun.

Borang pemohonan boleh dimuat turun dari SINI atau didapati dari:

Yayasan Kuok Berhad (Politeknik Singapura)
Peti Surat 110, Tingkat 16 Menara UBN
No. 10, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
http://www.kuokfoundation.com/study_dc_appform2.html


Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah sampai di Yayasan atau Kaunselor Pelajar / Pendaftaran politeknik masing-masing pada atau sebelum 28 Februari 2013.

Hanya calon-calon yang terpilih akan dipanggil untuk sesi temuduga. Temuduga akan diadakan di pejabat Yayasan Kuok di Kuala Lumpur.


Sumber: Yayasan Kuok Berhad (dirujuk pada 12 Januari 2013)

0 komen:

Poskan Komentar

 
Toggle Footer
KE ATAS