Biasiswa Shell Malaysia 2013 – Dalam Negara - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Shell Malaysia 2013 – Dalam Negara

Biasiswa Shell Malaysia 2013 – Dalam Negara menawarkan sejumlah biasiswa setiap tahun demi menyokong pelajar mencapai matlamat dan cita-cita mereka. Pelajar Malaysia yang berminat melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa bagi program Ijazah Pertama di mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf boleh memohon. Pelajar kurang upaya juga digalakkan memohon Biasiswa Shell Malaysia 2013 – Dalam Negara.

Bidang Terpilih:
  • Sebarang pengajian yang berkaitan dengan bidang cari gali minyak dan gas (contoh: Kejuruteraan Teknikal, Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan, dan seumpamanya);
  • Pelajar kurang upaya dibolehkan memilih program dalam sebarang bidang.
Biasiswa Shell Malaysia 2013 - Dalam Negara
Tarikh tutup: 30 Januari 2013

Syarat Kelayakan:
  • Memiliki sifat kepimpinan yang baik dan penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum tambahan seperti kelab dan persatuan, sukan dan sebagainya;
  • Tidak terikat dengan mana-mana biasiswa atau pinjaman pelajaran daripada agensi lain;
  • Mempunyai Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika berkaitan);
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3A dan 1B dalam STPM atau 2A dan 1B dalam A-Level, atau;
  • Memperolehi PNGK minimum 3.5 di peringkat Matrikulasi/Diploma.

Cara Memohon:
  • Sila muat turun dan lengkapkan borang permohonan Biasiswa Shell Malaysia 2013 ini. Kemudian upload borang tersebut beserta CV dan transkrip akademik melalui portal pendaftaran online;
  • Permohonan boleh dihantar berdasarkan keputusan semester terbaru (untuk pelajar Matrikulasi, Diploma dan A-Level) atau keputusan peperiksaan percubaan (pelajar STPM);
  • Gambar pemohon tidak diperlukan;
  • Pemohon hanya layak memohon satu (1) biasiswa sahaja, sama ada dalam negara atau luar negara;
  • Hanya permohonan lengkap yang diterima melalui portal pendaftaran online sahaja yang akan diproses. Jangan emel atau pos permohonan anda;
  • Borang permohonan yang tidak lengkap atau lambat diterima akan ditolak;
  • Shell Malaysia berhak mengesahkan maklumat yang diberi oleh pemohon;
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dimaklumkan untuk sesi temuduga;
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang balasan selepas 30 April 2013 dianggap tidak berjaya.
Untuk maklumat lanjut dan senarai universiti yang terpilih, sila layari Biasiswa Shell Malaysia 2013 – Dalam Negara atau emel ke scholarships@shell.com


Sumber: Biasiswa Shell Malaysia 2013 - Dalam Negara

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)