Biasiswa

Biasiswa

Breaking News

Dalam Negara

Dalam Negara

23 Februari 2013

Biasiswa Ijazah Berkembar Jepun - Yayasan Pelajaran Mara 2013/2018

TAWARAN BIASISWA PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN [JAD] MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAM [MJHEP] SESI PENGAJIAN 2013/2018 YAYASAN PELAJARAN MARA [YPM]

Japanese Associate Degree Program ialah satu projek khas oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan biasiswa untuk pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran di Jepun. Dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA, para pelajar yang layak dipelawa untuk membuat permohonan biasiswa Program Ijazah Berkembar Jepun Sesi 2013 / 2018.
TAWARAN BIASISWA PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN [JAD] MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAM [MJHEP] SESI PENGAJIAN 2013  2018 logo Yayasan Pelajaran Mara
Tarikh tutup: 27 Februari 2013

Syarat dan Kelayakan:
  • Terbuka kepada semua pelajar Bumiputera.
  • Berdasarkan Pencapaian minima SPM 2012 seperti berikut:
SUBJEK PEPERIKSAAN
PENCAPAIAN
Matematik Moden
A
Matematik Tambahan
A
Fizik
A
Kimia
A
Bahasa Inggeris
A
Bahasa Melayu
A
Pengetahuan Agama Islam / Moral
A
Sejarah
A
Lain-lain subjek
A
  • Pencapaian minima Keputusan Percubaan SPM 2012 merupakan pra syarat untuk dipanggil temuduga.
  • Penilaian Akademik akan dinilai semula selepas keputusan SPM 2012 diumumkan.
  • Pemohon dikehendaki menghantar semula keputusan sebenar SPM 2012 ke YPM MJHEP setelah ianya diumumkan.
Pakej Biasiswa
Projek Biasiswa Kejuruteraan Mekanikal atau Elektrikal dan Elektronik selama 5 tahun [3 tahun di Malaysia + 2 tahun di Jepun] tajaan sepenuhnya oleh Yayasan Pelajaran MARA [YPM].

Cara Memohon
  • Pemohon boleh memohon menggunakan keputusan minima Percubaan SPM 2012 secara online di Laman Permohonan JAD-MJHEP 2013 / 2018 (http://www.ik-one.biz/jadypm/)
  • Permohonan bukan melalui 'online' secara automatik akan ditolak.
  • Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
YAYASAN PELAJARAN MARA [YPM]
Unit Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi [DPPT]
No. 19-G, Jalan TPS 1/5,
Taman Pelangi Semenyih,
43500 Semenyih,
Selangor Darul Ehsan

Tel:+603-8723 4044 / 1563/ 2616 / 3039
Faks: +603-8723 3053
[BAHAGIAN AKADEMIK dan HAL EHWAL PELAJAR]
  • Sebarang surat menyurat adalah tidak dilayan selepas tarikh tersebut.
  • Pemohon boleh menyemak status temuduga selepas 3 Mac 2013 di laman sesawang http://www.jadypm.edu.my
Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 3 [tiga] bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Sumber: JAPANESE ASSOCIATE DEGREE PORTAL http://www.jadypm.edu.my/
Read more ...

20 Februari 2013

Tawaran Biasiswa Latihan Perguruan Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (MONBUKAGAKUSHO: MEXT 2013)

Kedutaan Jepun dengan ini mengumumkan tawaran permohonan Biasiswa Latihan Perguruan (Sijil) Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (MONBUKAGAKUSHO: MEXT 2013) bermula daripada 18 Februari 2013 sehingga 5 Mac 2013. Tawaran biasiswa MONBUKAGAKUSHO 2013 ini adalah untuk kategori Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi tempoh pengajian selama setahun setengah (Oktober 2013 – Mac 2015).
permohonan Biasiswa Latihan Perguruan (Sijil) Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (MONBUKAGAKUSHO: MEXT 2013) logo
Tarikh tutup: 5 Mac 2013

Syarat-syarat Kelayakan:
  • Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2013;
  • Merupakan siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar; dan
  • Mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun.
Calon-calon perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT) dan juga memenuhi syaratsyarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:
  • Berkhidmat secara tetap;
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Gred 41 ke atas);
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh kursus bermula;
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  • Permohonan mendapat sokongan dan perakuan Ketua Jabatan;
  • Telah membuat perisytiharan harta dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh cuti belajar berkuatkuasa;
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2009, 2010 & 2011 atau 2010, 2011 & 2012);
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Bebas daripada disenaraikan/ tersenarai sebagai peminjam tegar oleh institusi seperti KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kerajaan Asing dan lain-lain penaja;
  • Telah menyempurnakan ikatan perjanjian berkhidmat dengan KPM selepas menamatkan kursus terdahulu (sekiranya ada); dan
  • Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula).
Cara Memohon:
  • Pemohon hendaklah mengisi semua dokumen permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia;
  • Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 5 Mac 2013 (Selasa) ke alamat berikut:
SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u/p : Encik Asmadarus Bin Mohamed)
No. Tel: 03 – 8321 7143, 03 – 8321 7151



Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia
Read more ...

10 Februari 2013

Tawaran Biasiswa Kecil Yayasan Telekom 2013

Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia 2013 ditawarkan oleh Yayasan Telekom Malaysia (Yayasan TM), sebuah badan amanah yang ditubuhkan oleh Telekom Malaysia Berhad di bawah Surat Ikatan Pemegang Amanah kepada semua murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2013 yang memenuhi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Syarat dan Kelayakan:
  • Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2013 sahaja.
  • Calon Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR 2012.
  • Calon Tingkatan 4 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A bagi keputusan peperiksaan PMR 2012.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
  • Pendapatan kasar sekeluarga tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
Logo Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia 2013
Tarikh tutup permohonan dalam talian: 28 Februari 2013
Tarikh tutup penerimaan dokumen: 8 Mac 2013

Pakej Biasiswa:
  • Elaun poket RM1,000 setahun (Tingkatan 1).
  • Elaun poket RM1,500 setahun (Tingkatan 4).
  • Peluang mengikuti program pembangunan.
Cara Memohon
  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Yayasan TM di alamat http://www.tm.com.my/ytm.
  • Baca Panduan Mengisi Borang Permohonan Biasiswa Kecil Dalam Talian 2013.
  • Kemukakan Borang Senarai Semak Dokumen yang dicetak serta dokumen yang telah disahkan sebelum atau pada 8 Mac 2013:
    • Sijil kelahiran / kad pengenalan;
    • Keratan gaji / pengesahan pendapatan ibubapa / penjaga;
    • Salinan keputusan UPSR atau PMR 2012;
    • Salinan penyertaan Ko-Kurikulum yang disenaraikan dalam permohonan;
    • Surat cerai / kematian / OKU / jika berkaitan.
Semua dokumen yang berkenaan hendaklah dihantar kepada:

Sekretariat Pemilihan Biasiswa Kecil,
Yayasan TM, Aras 14 (S),
Menara TM,
Jalan Pantai Baharu,
50672 Kuala Lumpur.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis. Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh tiga bulan dari tarikh tutup dianggap sebagai tidak berjaya.


Sumber: Yayasan Telekom Malaysia
Read more ...

07 Februari 2013

Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA Sesi 1/2013 Untuk Peringkat Ijazah Pertama

Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/2013 Untuk Peringkat Ijazah Pertama

Kerajaan pada prinsipnya mengalakkan pelajar-pelajar mengikuti pengajian di dalam negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Sungguhpun demikian, kerajaan menerima banyak permohonan daripada pelajar-pelajar persendirian yang sedang mengikuti pengajian di luar negara untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sehubungan itu, kerajaan meluluskan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara Untuk Peringkat Ijazah Pertama bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar persendirian di luar negara tertakluk kepada syarat dan kriteria yang tertentu.

Permohonan kemudahan pinjaman ini dibuka dua sesi setahun seperti berikut:
Sesi Pertama - Permohonan dibuka pada 6 Februari dan ditutup pada 28 Februari.
Sesi Kedua - Permohonan kini dibuka bermula 16 Julai sehingga 18 Ogos 2013.
Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/2013 Untuk Peringkat Ijazah Pertama. Tarikh tutup: 28 Februari 2013.
Tarikh tutup: 28 Februari 2013

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat;
  • Belum mempunyai Ijazah Pertama;
  • Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar bukan merupakan peminjam/penjamin tegar kepada mana-mana skim pinjaman/biasiswa kerajaan;
  • Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenaraihitamkan dalam mana-mana skim pinjaman kerajaan;
  • Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa kerajaan;
  • Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa. Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
  • Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja.
Untuk syarat-syarat khusus dan kriteria permohonan, sila muat turun Garis Panduan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara Sesi 1/2013Untuk Peringkat Ijazah Pertama.

Panduan Memohon:
Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang 'Daftar' di Halaman Utama ePermohonan. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

Cara Memohon:
  • Permohonan hendaklah dibuat secara online di ePermohonan – Sistem Permohonan Program Tajaan JPA disusuli dengan penghantaran dokumen-dokumen sokongan;
  • Penghantaran dokumen-dokumen sokongan (hardcopy) hendaklah sampai ke JPA sebelum tarikh 13 Mac 2013;
  • Dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan ialah seperti berikut:
    • a) Slip pengesahan penerimaan permohonan online;
    • b) Salinan Kad Pengenalan (Pelajar, ibubapa/ penjaga dan adik-beradik);
    • c) Salinan Surat Beranak (Pelajar dan ibubapa/ penjaga);
    • d) Salinan Pasport (Pelajar);
    • e) Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/ institusi (Unconditional Offer) dan disertakan maklumat kos yuran pengajian setahun dan sepanjang pengajian;
    • f) Salinan keputusan peperiksaan peringkat Ijazah Pertama untuk tahun-tahun sebelumnya;
    • g) Salinan Sijil STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma /A-Level /IB /TER/Lain-lain yang setaraf;
    • h) Salinan Sijil SPM;
    • i) Salinan "No Objection Certificate (NOC)" daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk kursus perubatan dan pergigian sahaja;
    • j) Maklumat pendapatan ibu bapa/ penjaga seperti berikut:
    • Kerajaan: Slip gaji dan Borang EC (penyata pendapatan tahunan) terkini atau Kad Pesara berserta Penyata Pembayaran Pencen terkini.
      Swasta: Slip gaji dan Borang EA (penyata pendapatan tahunan) terkini atau Surat Pengesahan Persaraan.
      Bekerja Sendiri: Borang Pengesahan Pendapatan (boleh dimuat turun di esilav2.jpa.gov.my) dan Borang B (LHDN).
    • k) Salinan bukti bagaimana pemohon dapat menampung kos sara hidup dan lain-lain kos semasa mengikuti pengajian di luar negara. Contoh: salinan buku penyata bank, ASB dan lain-lain.
  • Semua dokumen sokongan mestilah disusun mengikut turutan di atas, dikepilkan (comb-binding) dan disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan dihantar ke alamat seperti berikut:

  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Aras 5, Blok C1, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 Putrajaya
    (u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Keputusan Permohonan:
Keputusan permohonan sesi 1/2013 akan dimaklumkan secara online di Portal eSILA pada 26 April 2013.

Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar di Negara boleh dibuat melalui alamat di atas atau dengan menghubungi:

Tel :03-8885 3892/ 3562/ 3564/ 3489
Faks :03-8889 2640
E-mail : penawaranlsp@jpa.gov.my

MAKLUMAN: Semakan keputusan bagi Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 1/2013 boleh dibuat mulai 6 Mei 2013 (Isnin) mulai jam 5.30 petang sehingga 5 Jun 2013 (Rabu).


Sumber: Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA
Read more ...

05 Februari 2013

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2013

Permohonan pinjaman pelajaran MARA sesi 2013 telah dibuka bagi peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Pertama untuk mereka yang sedang belajar di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih melalui sistem eEduLoan MARA mulai Februari 2013.

Sistem Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA eEduLoan 2013 hanya terbuka kepada pengguna yang berdaftar sahaja. Pengguna perlu mendaftar dengan menggunakan skrin yang disediakan.

Permohonan boleh dibuat secara talian di http://eduloan.mara.gov.my.
Sila rujuk Garis Panduan Permohonan sebelum mengisi borang.
Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2013

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2013 ini boleh dikemukan mana-mana Pejabat MARA Negeri atau kepada:

Bahagian Penganjuran Pelajaran,
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur

Telefon: 03-26132015/ 03-26132016
Faks: 03-26915854


Sumber: eEDULOAN MARA 2013
Read more ...
Designed By Blogger Templates