Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun Untuk Latihan Perguruan (Monbukagakusho: MEXT) 2020 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun Untuk Latihan Perguruan (Monbukagakusho: MEXT) 2020

Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun Untuk Latihan Perguruan (Monbukagakusho: MEXT) ditawarkan oleh kerajaan Jepun khusus kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG) di Malaysia untuk mengikuti latihan perguruan kursus non-degree 1½ tahun bermula dari Oktober 2020 sehingga Mac 2022 di universiti di Jepun.

Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 143,000 yen (ang. RM5,400) akan diberi kepada setiap penerima biasiswa Latihan Perguruan (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Latihan Perguruan Monbukagakusho (MEXT):

Pegawai-pegawai yang hendak dicalonkan mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun (dikira dari 1 Oktober 2020);
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2020 (lahir selepas atau pada 2 April 1985);
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  • Pemohon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun;
  • Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2016, 2017 dan 2018 atau 2017, 2018 dan 2019);
  • Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
  • Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari 1 April 2020);
  • Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
  • Tidak berkhidmat dalam perkhidmatan tentera;
  • Pegawai yang memiliki kemahiran bertutur dalam Bahasa Jepun digalakkan memohon.

Cara Memohon Biasiswa Latihan Perguruan Monbukagakusho (MEXT):


Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, pemohon disarankan untuk menghubungi:

Tel: 03-88841065 / 1118 / 1237


Kedutaan Jepun akan menghubungi pemohon yang memenuhi syarat sahaja (melalui emel dan surat) untuk menghadiri temuduga yang dijangka berlangsung pada awal bulan Mac 2020.

Tawaran Biasiswa Kerajaan Jepun Untuk Latihan Perguruan MONBUKAGAKUSHO (MEXT)
Tarikh tutup: 30 Januari 2020
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: KPM

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)