Loading...
21 Maret 2013
57 Senarai Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) 2013 untuk Pra-Universiti, Ijazah Pertama, Master, Phd

Bank Negara Malaysia (BNM) komited dalam mendidik bakat muda megara melalui program Biasiswa Bank Negara Malaysia. Selain daripada pencapaian akademik yang cemerlang, Biasiswa Bank Negara Malaysia 2013 turut mencari individu yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi serta kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.

Pada tahun 2013, BNM membuka permohonan biasiswa bagi peringkat Pra-Universiti, Ijazah Pertama, Master dan PhD. Tawaran biasiswa Bank Negara Malaysia 2013 ini bermula daripada 20 Mac 2013 sehingga 27 Mac 2013.

Tarikh tutup: 27 Mac 2013
Tawaran Biasiswa Bank Negara Malaysia 2013 untuk Pra-Universiti, Ijazah Pertama, Master dan Ph.D
PRA-UNIVERSITI
Untuk peringkat pra-universiti, Bank Negara Malaysia menawarkan dua jenis biasiswa kepada lepasan calon SPM 2012 yang mendapat keputusan cemerlang iaitu Biasiswa Kijang Emas 2013 dan Biasiswa Kijang 2013.
Biasiswa Kijang Emas 2013
Biasiswa Kijang Emas dianugerahkan kepada pelajar SPM 2012 yang mendapat keputusan cemerlang. Penerima Kijang Emas diberi kebebasan untuk memilih bidang pengajian di mana-mana universiti pilihan sendiri.

Syarat Kelayakan:
  • Straight A+ dalam peperiksaan SPM 2012;
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2013;
  • Kualiti kepimpinan yang tinggi, keupayaan bekerjasama yang tinggi, cemerlang dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan sukan;
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
Biasiswa Kijang 2013
Tawaran Biasiswa Kijang 2013 ini diberi kepada pelajar yang berkelayakan untuk menyambung pengajian di peringkat pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari dan Perundangan di universiti tempatan dan luar negara yang terpilih.

Syarat Kelayakan:
  • Sekurang-kurangnya 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM 2012;
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2013;
  • Kualiti kepimpinan yang tinggi, keupayaan bekerjasama yang tinggi, cemerlang dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan sukan;
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
Tajaan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah (Kepujian) akan dilanjutkan bergantung kepada criteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak BNM.

IJAZAH PERTAMA
Biasiswa Bank Negara Malaysia 2013 untuk Ijazah Pertama pula diberi kepada pelajar berkelayakan yang ingin menyambung pengajian, atau sedang menjalani pengajian Ijazah Pertama dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari dan Perundangan di universiti tempatan dan luar negara yang terpilih.
Calon-calon perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:
  • STPM / A-Level – sekurang-kurangnya 2A dan 1B; atau
  • Diploma / Matrikulasi – PNGK minimum 3.50; atau
  • South Australian Matriculation – ATAR minimum 85%; atau
  • American Foundation Program – skor SAT1 sekurang-kurangnya 1200; atau
  • Bagi calon yang sedang menjalani pengajian Ijazah Pertama – PNGK semasa sekurang-kurangnya 3.50;
  • Lulus SPM dengan kredit dalam subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2013;
  • Mendapat tawaran bersyarat untuk menyambung pengajian Ijazah Pertama pada tahun 2013 daripada universiti-universiti terpilih.
Syarat tambahan:
  • Kualiti kepimpinan yang tinggi, keupayaan bekerjasama yang tinggi, cemerlang dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan sukan;
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
PASCA IJAZAH (Master & PhD)
Biasiswa Bank Negara Malaysia 2013 untuk Master dan Phd ditawarkan kepada individu berkelayakan untuk menyambung pengajian, atau sedang menjalani pengajian Master atau Phd dalam bidang berikut di universiti-universiti tempatan atau luar Negara yang terpilih:
  • Economics
  • Econometrics
  • Monetary Economics
  • International Economics
  • Banking and Finance
  • International Finance
  • Quantitative Finance
  • Law
  • Banking and Finance Law
  • International Law
  • Risk Management
  • Forensic Accounting
  • Islamic Finance
Calon-calon perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:
  • Mendapat Ijazah/Master Kelas Pertama (Kepujian) dari universiti tempatan atau luar negara yang terpilih;
  • Umur tidak melebihi 30 tahun bagi Master dan 35 tahun bagi PhD pada 1 Julai 2013;
  • Lulus SPM dengan kredit dalam subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Mendapat tawaran bersyarat untuk menyambung pengajian Pasca Ijazah pada tahun 2013 daripada universiti-universiti terpilih.
Syarat tambahan:
  • Kualiti kepimpinan yang tinggi, keupayaan bekerjasama yang tinggi, cemerlang dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan sukan;
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
Cara Memohon:
  • Pemohon yang berkelayakan dikehendaki memohon secara online melalui laman sesawang Bank Negara Malaysia (BNM).
  • Bagi permohonan pasca ijazah, sila hantar satu (1) halaman ringkasan tesis berkaitan cadangan kajian anda ke alamat berikut:
Scholarship Section
Strategic Human Capital Department, Level 11C
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur


Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.


0 komen:

Poskan Komentar

 
Toggle Footer
KE ATAS