ads

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Dana Pendidikan Karangkraf bersedia membantu merealisasikan impian pelajar yang berkelayakan tetapi kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan juga Ijazah. Pihak Karangkraf mengalu-alukan permohonan bagi pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi terpilih di bawah tajaan mereka.

Biasiswa Karangkraf ini merupakan satu pendekatan pihak swasta dalam membantu dan bersama-sama dengan masyarakat bagi menjalankan tanggungjawab sosial (CSR). Pihak Karangkaf akan membayar semua amaun yuran pengajian pelajar termasuk yuran pendaftaran, yuran pengajian dan yuran semester seperti yang terkandung dalam struktur yuran institusi. Bagi elaun sara hidup, buku dan penginapan tidak ditanggung oleh pihak Karangkraf.

Tarikh tutup: Sepanjang tahun - tiada tarikh tutup.
Biasiswa Dana Pendidikan Karangkraf Sepanjang Tahun

Syarat Kelayakan:
Syarat-syarat permohonan mestilah mengikut polisi dan peraturan yang telah ditetapkan dan diwajibkan:
  • Terbuka kepada Rakyat Malaysia yang berumur kurang daripada 25 tahun;
  • Mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM (minimum 8 kepujian), STPM (PNGK sekurang-kurangnya 3.5) atau kelayakan sama taraf dengannya;
  • Fasih dan boleh menulis dengan baik di dalam Bahasa Inggeris;
  • Bersedia untuk berkhidmat dengan Kumpulan Karangkraf selepas tamat tempoh pengajian (jika diarahkan);
  • Aktif di dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum di sekolah;
  • Bersedia untuk memasuki kursus yang ditawarkan;
  • Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana pendidikan atau pinjaman pendidikan (melainkan yang dibenarkan oleh pihak Karangkraf).
Cara Permohonan:
  • Borang permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Karangkraf boleh dimuat turun melalui pautan di bawah atau hantar permohonan Biasiswa Karangkraf Online:
  • Borang permohonan juga boleh didapatkan daripada Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf (SDPK).
  • Pastikan borang diisi dengan jelas dan terang. Segala dokumen dan salinan-salinan sijil yang diperlukan bagi menyokong permohonan ini hendaklah diakui sah.
  • Pihak Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf berhak untuk menolak permohonan jika tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Keputusan adalah muktamad.
  • Permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah di hantar kepada alamat berikut:
  • Sekretariat Biasiswa Karangkraf
    Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd
    Lot 25, Premis No 1, Jalan Renggam 15/5
    Off Persiaran Selangor, 40200 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan
Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Kemasukan pelajar bergantung kepada Institusi Pengajian Tinggi terpilih.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan institusi dan program pengajian, sila layari laman sesawang Dana Pendidikan Karangkraf.

* Tertakluk kepada Perjanjian Dana Pendidikan Karangkraf


About Putra Kembara

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama

2 komen:

  1. Tanpa Nama21/1/14 8:26 PG

    Adakah masih boleh memohon biasiswa ini?

    BalasPadam

DISCLAIMER: All data and information provided on this blog are for informational purposes only. While every reasonable effort is made to provide the readers with most accurate information, please use your discretion before taking any decision based on the information in this blog as we make no guarantees of any kind. In no event shall the ScholarshipMalaysia.blogspot.com or/and its author be responsible or liable, directly or indirectly, for any damage or loss caused or alleged to be caused by or in connection with the use of or reliance on any such content, goods, or services available on or through any such site or resource. All information are provided on an as-is basis.

Top