Biasiswa Sarjana Muda Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Biasiswa Sarjana Muda Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 2013

Tawaran Biasiswa Sarjana Muda PIDM 2013 merupakan anugerah biasiswa selama empat tahun untuk pelajar cemerlang dan berwawasan yang memerlukan bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran di dalam negara, dalam bidang pengajian yang selaras dengan keperluan urusan PIDM.

Tawaran Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ini juga terbuka untuk permohonan daripada semua pelajar warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan pendidikan bermula pada tahun 2013. Pelajar yang sedang menjalani pengajian ijazah pertama juga layak memohon sekiranya memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.


Tarikh tutup: 26 April 2013
Tawaran Biasiswa Sarjana Muda Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)
Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia yang tidak melebihi usia 25 tahun (pada 1 Januari 2013) dan merupakan pelajar sepenuh masa;
  • Keputusa akademik yang baik dalam SPM / STPM atau setaraf (dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);
  • Mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dalam bidang-bidang yang ditawarkan oleh PIDM dan diperakui oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) di kolej atau universiti tempatan yang diterima oleh PIDM;
  • Tidak menerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana institusi atau organisasi yang lain;
  • Pemohon tidak pernah diberhentikan daripada menerima biasiswa atau bantuan kewangan yang lain oleh mana-mana institusi atau organisasi akibat tindakan disiplin;
  • Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat kelayakan, menepati bidang pengajian dan mendapat tempat di kolej atau universiti pilihan PIDM.
Cara Memohon:
Bahagian Sumber Manusia,
(Program Biasiswa),
Aras 12, Quill 7,
No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur.

atau emelkan permohonan anda kepada hc@pidm.gov.my.

Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan dan keputusan adalah muktamad.

Sila layari Laman Rasmi PIDM untuk melihat senarai kolej dan universiti yang diterima serta syarat kelayakan penuh.



Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)