Tawaran Biasiswa Perakaunan ACCA Simpson 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Tawaran Biasiswa Perakaunan ACCA Simpson 2013

Biasiswa ACCA Simpson diwujudkan sebagai ganjaran kepada pelajar berpotensi Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan ACCA. Setiap tahun, tawaran biasiswa ACCA Simpson akan membiayai yuran peperiksaan dan pendaftaran ACCA untuk lima orang pelajar bagi tempoh lima tahun atau sehingga mereka menjadi ahli - yang mana berlaku terlebih dahulu.

Cik Muriel Simpson (FCCA) meninggal dunia pada 22 Disember 1977. Dalam wasiat, beliau meninggalkan hartanya kepada ACCA untuk membiayai biasiswa yang dinamakan 'Biasiswa Simpson'. Cik Simpson berhasrat agar Dana Biasiswa Simpson tersebut disalurkan untuk membiayai pendidikan lanjutan para pelajar ACCA yang cemerlang.

Tarikh tutup: 3 Mei 2013
Tawaran Biasiswa Perakaunan ACCA Simpson | Scholarships
Syarat Kelayakan:
Untuk layak memohon Biasiswa ACCA Simpson, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:
  • Pemohon merupakan pelajar ACCA yang berdaftar;
  • Pemohon telah menjelaskan yuran pengajian untuk tahun akan datang;
  • Pemohon tiada sebarang yuran tertunggak;
  • Pemohon telah tamat dan mencapai keputusan purata 80% atau lebih dalam modul Pengetahuan (Kertas F1-F3) di peringkat Asasi Kelayakan ACCA - pada percubaan pertama, atau;
  • Jika terkecuali daripada modul Pengetahuan (Kertas F1-F3) peringkat Asasi, pemohon mesti telah mencapai 66% atau lebih dalam sekurang-kurangnya dua ujian Kelayakan ACCA dalam modul Kemahiran Asas - pada percubaan pertama.
Cara Memohon:
  • Sekiranya anda memenuhi kriteria di atas, hantarkan borang permohonan Biasiswa ACCA Simpson yang telah dilengkapkan melalui emel kepada simpsonscholarship@accaglobal.com;
  • Pemohon perlu menyertakan satu esei bertajuk 'How the award of a Scholarship will help me to realise my full potential'. Esei tersebut mestilah:
    • Ditaip menggunakan MS Word atau perisian lain yang seumpamanya;
    • Maksimum 1,000 patah perkataan;
    • Tulisan bersaiz 12pt dan berwarna hitam;
    • Double line-spaced;
    • Margin setiap sisi adalah 1 inci (2.5cm);
    • Ditaip pada kertas A4;
    • Masukkan nombor pendaftaran pelajar, tarikh dan muka surat di atas setiap halaman;
    • Esei hendaklah ditaip dalam Bahasa Inggeris;
    • Jelas, padat dan relevan dengan tajuk yang diberikan.
    • Jika menggunakan jadual dan figura, enam figura dikira sebagai satu perkataan;
    • Esei bertulisan tangan tidak akan diterima.
  • Sekiranya tidak dapat menghantar permohonan melalui emel, pemohon perlu menghantar permohonan ke alamat ACCA, 2 Central Quay, 89 Hydepark Street, Glasgow, United Kingdom, G3 8BW. Jika tidak sampai, ACCA tidak akan bertanggungjawab ke atas permohonan yang dihantar melalui pos;
  • ACCA akan menghantar pemberitahuan setelah menerima permohonan anda. Permohonan yang tidak layak juga akan dimaklumkan;
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai tawaran biasiswa ACCA Simpson 2013, sila layari Laman Biasiswa ACCA Simpson.



Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)