Loading...
15 April 2013
57 Senarai Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Biasiswa Yayasan Hong Leong 2013

Biasiswa Yayasan Hong Leong 2013 ditawarkan kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang mendapat tawaran, sedang memohon atau sedang melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang pengajian di universiti atau kolej tempatan yang terpilih.

Tawaran Biasiswa Yayasan Hong Leong 2013 ini hanya untuk pengajian sepenuh masa di peringkat Ijazah Pertama dan Diploma sahaja. Permohonan untuk peringkat STPM, A-Level, Matrikulasi, Asasi, Pra-U, dan kursus-kursus yang setaraf adalah tidak diterima.



Tarikh tutup: 10 Mei 2013
Tawaran Biasiswa Yayasan Hong Leong | Hong Leong Foundation Scholarship

Syarat Kelayakan:
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk layak membuat permohonan Biasiswa Yayasan Hong Leong 2013:
  • Biasiswa Yayasan Hong Leong 2013 ini terbuka kepada rakyat Malaysia berusia di antara 17 - 25 tahun;
  • Merupakan lepasan peperiksaan SPM / STPM / UEC tahun 2012;
  • Lepasan Matrikulasi, Pra-U, Asasi dan kursus-kursus Diploma, juga mereka yang sedang menunggu tawaran atau sedang mengikuti pengajian Diploma atau Ijazah Pertama di universiti / kolej terpilih juga boleh memohon;
  • SPM: sekurang-kurangnya 6A dan lulus 2 subjek daripada minimum 8 subjek;
  • UEC: minimum 5A;
  • STPM: minimum 3A (atau PNGK 3.5) dan lulus Pengajian Am;
  • PNGK minimum 3.5 bagi Matrikulasi, Asasi, Pra-U, Diploma dan Ijazah. Sila tukarkan sistem mata kepada PNGK semasa memohon jika sistem pemarkahan pemohon tidak menggunakan format PNGK.
  • TIDAK menerima mana-mana bantuan kewangan atau terikat dengan organisasi lain.
Cara Memohon:
  • Muat turun borang permohonan Biasiswa Yayasan Hong Leong 2013;
  • Borang permohonan biasiswa ini juga boleh didapati daripada semua cawangan Hong Leong Bank atau Hong Leong Assurance di seluruh Malaysia;
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta semua dokumen berkaitan kepada:

  • HONG LEONG FOUNDATION SCHOLARSHIP PROGRAMME,
    Level 3 Wisma Hong Leong,
    18 Jalan Perak,
    50450 Kuala Lumpur.

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Mei 2013.
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil (biasanya menerusi panggilan telefon) untuk sesi temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang pemberitahuan daripada Yayasan Hong Leong selepas pertengahan Jun 2013 dianggap gagal.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Sekretariat Yayasan Hong Leong di scholarships@hongleong.com.my


0 komen:

Poskan Komentar

 
Toggle Footer
KE ATAS