Biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023/2024 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023/2024

TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI LUAR NEGARA (MESIR / JORDAN / MOROCCO) TAHUN 2023/2024

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2023/2024

Biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dibuka kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat yang berkelayakan bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Universiti Luar Negara Tahun Pertama Sesi 2023/2024 di Mesir, Jordan dan Morocco.

Penempatan pusat pengajian HANYA melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa MAIWP.


Program-program Ijazah Sarjana Muda yang ditaja adalah seperti berikut:
  1. MESIR
    Pengajian Perubatan / Pengajian Pergigian / Pengajian Bahasa Arab / Dakwah / Dirasat Islamiah / Syariah dan Undang-undang / Syariah Islamiah / Usuluddin / Pengajian Ulum Islamiah / Pengajian Qiraat
  2. JORDAN
    Bidang Ekonomi / Perbankan / Pengajian Islam / Bahasa Arab
  3. MOROCCO
    Pengajian Islam

Syarat Kelayakan:

Syarat Umum
  • Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
  • Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  • Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

Syarat Khusus (Kelayakan Minima Akademik)
  1. PENGAJIAN DI MESIR
    Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Universiti Al-Azhar Mesir mestilah:
    • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Mumtaz, DAN :
    • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (B) Bahasa Melayu.

    Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Mesir mestilah:
    • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurangkurangnya Gred (B) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan cemerlang (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran As-Sunnah.

    Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat Maahad Al-Qiraat Al-Azhar Mesir mestilah:
    • Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan sekurangkurangnya CGPA 3.5 atau mana-mana kolej / Universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), DAN :
    • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (B) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

    Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan, Pengajian Pergigian dan Pengajian Farmasi mestilah:
    • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam 8 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Sejarah).
    • Mempunyai sijil matrikulasi / asasi / pra-universiti / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia / A-level / Asasi yang diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC)(bagi pengajian perubatan).

  2. PENGAJIAN DI UNIVERSITI JORDAN DAN MOROCCO
    Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Jordan dan Morocco mestilah:
    • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred (B) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan cemerlang Gred (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran AsSunnah.

Cara Memohon Biasiswa:

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen sokongan berkaitan hendaklah dihantar ke:
  • Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah 51200 Kuala Lumpur
  • Semua Kaunter Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA)
  • Kaunter MAIWP Cawangan Putrajaya
  • Kaunter MAIWP Cawangan Labuan

Borang Permohonan Biasiswa MAIWP

Permohonan boleh dibuat mulai 25 Oktober 2022 dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web www.maiwp.gov.my atau boleh mendapatkan terus di pejabat di alamat berikut:
  • Kaunter Agihan Aras 1 Bangunan Perkim Jalan Sultan Azlan Shah Kuala Lumpur;
  • Pusat Agihan Zakat (PAZA);
  • MAIWP Cawangan WP Putrajaya;
  • MAIWP Cawangan WP Labuan;

MAIWP dengan tegasnya memaklumkan tidak melantik atau menggunakan manamana individu / syarikat / agen bagi urusan permohonan dan kelulusan Biasiswa MAIWP.

Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Bagi calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, sila hubungi di talian: 03-40477600 samb. 7410 / 7411 / 7412 / 7413 / 7632 Unit Pendidikan, Seksyen IPT Bahagian Agihan Zakat (waktu bekerja).

Sumber: MAIWP
Biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Tarikh tutup: 30 Jun 2023
Calon-calon yang tidak layak memohon:
  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / asasi sains / pra-universiti / alpha / foundation.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  • Pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa.
  • Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh manamana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  • Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)