Tawaran Biasiswa Intel Malaysia 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Tawaran Biasiswa Intel Malaysia 2013

Biasiswa Intel Malaysia ditawarkan setiap tahun kepada pelajar cemerlang dari universiti awam atau swasta di seluruh negara. Biasiswa ini ditawarkan oleh Intel Malaysia, sebuah perbadanan multinasional yang berpusat di Amerika Syarikat dan terkenal dengan rancangan dan penghasilan mikropemproses dan mengkhususkan dalam litar bersepadu.

Antara bidang pengajian yang ditaja oleh Biasiswa Intel Malaysia adalah Elektrikal dan Elektronik, Mekatronik, Fizik atau Kejuruteraan Komputer.




Tarikh tutup: Tidak dinyatakan.
Tawaran Biasiswa Intel Malaysia Scholarship untuk Program Elektrikal dan Elektronik, Mekatronik, Fizik, Kejuruteraan Komputer

Syarat Kelayakan:
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk layak memohon Biasiswa Intel Malaysia:
  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon adalah pelajar sepenuh masa di universiti tempatan dalam bidang-bidang yang ditaja;
  • Tidak mendapat penajaan biasiswa daripada mana-mana syarikat, organisasi atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Walau bagaimanapun, pemegang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) dibenarkan untuk memohon;
  • Memenuhi satu atau lebih syarat kelayakan akademik di bawah:
    • SPM dengan A1 bagi subjek Matematik dan semua subjek sains;
    • STPM sekurang-kurangnya gred A dalam tiga subjek;
    • Matrikulasi dengan PNGK 3.5 dan ke atas;
    • Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda, minimum PNGK 3.5.
Cara Memohon:
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan jumlah biasiswa dan program pengajian, sila layari laman sesawang Intel Malaysia.



Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)