Biasiswa Kolej Laila Taib untuk Intake April 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Biasiswa Kolej Laila Taib untuk Intake April 2013

Biasiswa Kolej Laila Taib (KLT Scholarship) terbuka kepada semua pelajar di Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan program yang ditawarkan secara first-come-first-serve. Ini adalah untuk memberi akses yang lebih meluas kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka dalam bidang pendidikan tinggi, terutamanya dalam program-program teknikal.

Tawaran Biasiswa KLT meliputi yuran pengajian bagi SEMUA program Diploma di KLT. Pelajar berpeluang merealisasikan potensi sebenar mereka dan laluan kerjaya tanpa beban kewangan. Oleh itu, KLT menggalakkan semua pelajar untuk mengambil cabaran itu dan meneruskan pengajian tinggi mereka kerana ia adalah kunci kepada kejayaan dalam era globalisasi dan moderniasasi.

Tarikh tutup: April 2013.
Tawaran Biasiswa Kolej Laila Taib untuk Program Teknikal | Scholarship
Syarat Kelayakan:
Pemohon Biasiswa Kolej Laila Taib mestilah memenuhi syarat kelayakan untuk program-program yang berkenaan:
  • Diploma Pengurusan Perniagaan: 5 kredit dalam SPM termasuk subjek Bahasa Inggeris;
  • Diploma Senibina: 5 kredit dalam SPM termasuk subjek Matematik dan satu subjek berasaskan sains;
  • Diploma Kejuruteraan Sivil: 5 kredit dalam SPM termasuk subjek Matematik dan satu subjek berasaskan sains;
  • Diploma Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik: 5 kredit dalam SPM termasuk subjek Matematik dan satu subjek berasaskan sains;
  • Diploma Ukur Bahan: 5 kredit dalam SPM termasuk subjek Matematik;
Cara Permohonan:
  • Pastikan pemohon memenuhi syarat kelayakan akademik untuk program akademik yang ingin dipohon. Pemohon digalakkan menghubungi pihak KLT untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang maklumat program;
  • Muat turun borang permohonan Biasiswa Kolej Laila Taib dan isi dengan lengkap dan betul;
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta lampiran dokumen yang berkaitan ke alamat berikut:
  • The Registry,
    Kolej Laila Taib (KLT),
    323, Persiaran Brooke,
    96000 Sibu,
    Sarawak

    No Tel: 084-311 888 | No Faks: 084-319 888
Sila maklum bahawa borang permohonan yang tidak lengkap diisi dan tiada lampiran dokumen yang berkenaan akan ditolak. Pihak KLT juga berhak untuk menerima atau menolak permohonan mengikut budi bicara.


Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan institusi dan program pengajian, sila layari laman sesawang Kolej Laila Taib.



Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)