Tawaran Biasiswa Kecemerlangan Maxis 2013 (Ijazah Sarjana Muda) - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Tawaran Biasiswa Kecemerlangan Maxis 2013 (Ijazah Sarjana Muda)

Biasiswa Kecemerlangan Maxis 2013 untuk Ijazah Pertama ditawarkan kepada para pelanggan atau anak kepada pelanggan pasca-bayar Maxis yang cemerlang dalam pengajian akademik serta aktiviti ko-kurikulum. Tawaran biasiswa Maxis ini juga dibuka kepada anak-anak pekerja tetap dan kontrak di Maxis.

Penerima Biasiswa Kecemerlangan Maxis 2013 ini akan mendapat peluang sekali seumur hidup untuk mengikuti pengajian sama ada di universiti tempatan atau luar negara - satu langkah penting demi merealisasikan impian dan cita-cita mereka.
Tarikh tutup: 10 Mei 2013
Tawaran Biasiswa Kecemerlangan Maxis untuk Ijazah Pertama 2013

Syarat Kelayakan:
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk layak membuat permohonan Biasiswa Kecemerlangan Maxis 2013 (Ijazah Pertama):
  • Pemohon atau ibu bapa pemohon mestilah pelanggan pelan pasca-bayar Maxis sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun dan mempunyai rekod pembayaran yang baik. Anak kepada pekerja tetap dan kontrak Maxis juga boleh memohon;
  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang berusia di bawah 23 tahun semasa memohon;
  • Pemohon tidak terikat dengan sebarang organisasi dan telah mendapat tawaran tanpa syarat atau surat penerimaan dari universiti tempatan atau luar negara sebelum menerima Biasiswa Kecemerlangan Maxis;
  • Pemohon telah tamat / berada di peringkat akhir pengajian asasi semasa memohon;
  • Mereka yang sedang menjalani pengajian di peringkat ijazah pertama juga layak memohon;
  • Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:
    • SPM atau setaraf: minimum 6A;
    • MANA-MANA kursus asas berikut:
      • STPM: minimum 3A;
      • Diploma: PNGK 3.5;
      • A-Level: 3A;
      • Australian Tertiary Admission Rank (ATAR): 90.0;
      • Pengajian asasi / pra-universiti yang diiktiraf: PNGK 3.5 ke atas;
      • International Baccalaureate: 36.0;
      • Pelajar ijazah pertama: PNGK 3.5 atau setaraf.
  • Pemohon yang sedang berada di peringkat akhir pengajian asasi boleh menggunakan keputusan ramalan. Walau bagaimanapun, keputusan akhir perlu ditunjukkan semasa temuduga peringkat kedua;
  • Pemohon juga perlu memenuhi kriteria berikut:
    • Mahir dalam Bahasa Inggeris sama ada bertulis dan lisan;
    • Cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum;
    • Mempunyai kualiti kepimpinan.
Cara Memohon:
  • Biasiswa Kecemerlangan Maxis 2013 perlu dipohon secara atas talian di PAUTAN INI;
  • Setelah tempoh permohonan tamat, jawatankuasa biasiswa akan menilai permohonan dan menyenarai pendek calon untuk sesi temuduga berdasarkan tentatif berikut:
    • Tempoh Permohonan: 1 April - 10 Mei 2013
    • Temuduga Pertama: Julai 2013
    • Temuduga Kedua: Ogos 2013
    • Pengumuman Keputusan: September / Oktober 2013
  • HANYA calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel dan / atau panggilan telefon.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Mei 2013.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai bidang pengajian, senarai institusi terpilih dan dokumen berkaitan, sila layari Laman Biasiswa Kecemerlangan Maxis 2013 untuk Ijazah Pertama.



Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)