Tawaran Biasiswa Astro 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Tawaran Biasiswa Astro 2013

Tawaran Biasiswa Astro 2013 ditawarkan oleh Astro Malaysia Holdings Berhad, sebuah kumpulan media hiburan bersepadu di Malaysia dan Asia Tenggara dengan operasinya dalam empat bidang utama iaitu TV Berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital.

Biasiswa Astro ditawarkan berdasarkan prinsip bahawa pendidikan boleh mengubah dan memberi inspirasi kepada manusia demi membentuk dan membina masa depan yang lebih baik untuk diri, keluarga, komuniti dan negara mereka.





Tarikh tutup: 27 Mei 2013
Tawaran Biasiswa Astro | Scholarship

Syarat Kelayakan:
Untuk layak memohon Biasiswa Astro 2013, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Berusia tidak melebihi 21 tahun pada masa permohonan;
  • Penyertaan aktif dan terbukti dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, sosial atau kesukarelawanan;
  • Tidak terikat oleh mana-mana syarikat atau institusi lain;
  • Mendapat penerimaan bersyarat atau tanpa syarat untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf;
  • Keputusan akademik yang konsisten dan cemerlang. Keputusan akademik minimum adalah seperti berikut:
    • SPM - 8A;
    • O-Level - 8A;
    • A-Level - 4A;
    • STPM - 4A;
    • Australia TER SAM / AUSMAT (Minimum 90.0);
    • Matrikulasi / Diploma tempatan (PNGK sekurang-kurangnya 3.5);
  • Lepasan SPM hanya layak untuk universiti-universiti tempatan.;
  • Keputusan ramalan bagi pelajar A-Level yang sedang menyiapkan peringkat A2 adalah diterima;
  • Disahkan sihat oleh doktor panel Astro sewaktu disenarai pendek untuk anugerah biasiswa;
  • Tiada rekod jenayah dan salah laku yang serius di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan;
  • Pemohon perlu berada secara fizikal di Malaysia untuk menghadiri Penilaian Kedua.
Cara Memohon:
  • Semua permohonan Biasiswa Astro 2013 hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Laman eBiasiswa Astro;
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mei 2013 (Isnin).
Untuk sebarang pertanyaan lanjut seperti bidang dan institusi pengajian terpilih, sila berhubung dengan astroscholarshipawards@astro.com.my


Sumber: Laman eBiasiswa Astro

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)