20 April 2013

Biasiswa Top Glove 2013 ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama secara sepenuh masa di institusi-institusi pengajian awam tempatan.

Tawaran Biasiswa Top Glove ini menawarkan tajaan untuk bidang pengajian berikut:
  • Kejuruteraan Mekanikal / Elektrikal / Kimia;
  • Kimia / Biokimia / Fizik / Matematik;
  • Sains Polimer / Sains Gunaan;
  • Perubatan;
  • Pergigian;
  • Perundangan;
  • Ekonomi / Pemasaran / Pengajian Perniagaan / Perakaunan;
  • Kejuruteraan Sivil.
Tarikh tutup: 31 Mei 2013
Tawaran Biasiswa Top Glove untuk Ijazah Pertama | Scholarships

Syarat Kelayakan:
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk layak membuat permohonan Biasiswa Top Glove 2013 (Ijazah Pertama):
  • Berusia 25 tahun ke bawah;
  • Keputusan akademik yang baik dalam SPM dan STPM;
  • Telah mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan;
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum;
  • Tidak mendapat tajaan biasiswa / pinjaman pelajaran daripada organisasi lain (termasuk PTPTN);
  • Latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.
Cara Memohon:
Sila lengkapkan borang permohonan Biasiswa Top Glove 2013 dengan memberikan butiran peribadi dan akademik, salinan yang telah disahkan bagi keputusan peperiksaan sebenar, slip gaji / penyata cukai pendapatan ibubapa, surat penerimaan yang dikeluarkan oleh universiti tempatan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat berikut:

SCHOLARSHIP COORDINATOR
TOP GLOVE GROUP OF COMPANIES (F9)
LOT 4969, BT 6, JALAN TERATAI, OFF JALAN MERU,
41050 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Pemohon yang berjaya dikehendaki untuk berkhidmat dengan TOP GLOVE GROUP OF COMPANIES untuk tempoh 3 tahun setelah tamat pengajian.

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan Biasiswa Top Glove 2013 adalah pada 31 Mei 2013.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai tawaran biasiswa Top Glove ini, sila layari Laman Biasiswa Top Glove. Rujukan tambahan di SINI.



Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Tawaran Biasiswa Top Glove 2013 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com