ads

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Tajaan Biasiswa Perubatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Universiti Perdana

Tajaan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Untuk Pelajar Perubatan ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti Program Ijazah Perubatan Perdana University Graduate School of Medicine (PUGSOM) dan Program Perdana University - Royal College Of Surgeons In Ireland (PU-RCSI) untuk sesi pengajian September 2013 di Universiti Perdana.

PUGSOM merupakan program penajaan bagi pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains (dengan kolaborasi John Hopkins University School of Medicine), manakala program PU-RCSI adalah bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level/ Australian Matriculation (AUSMAT)/ International Baccalaureate (IB) dan yang setara dengannya (dengan kolaborasi Royal College of Surgeons in Ireland).

Tarikh tutup: 17 Mei 2013
    Permohonan Penajaan Pelajar Perubatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Ke Universiti Perdana (UP) Bagi Tahun 2013

Syarat Kelayakan Asas:
Setiap pemohon disyaratkan untuk mendapat tempat pengajian dalam bidang yang ditetapkan di UP terlebih dahulu sebelum ditawarkan penajaan oleh JPA.

Syarat-syarat asas permohonan bagi program perubatan PUGSOM dan PU-RCSI adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun (PUGSOM) atau 20 tahun (PU-RCSI) pada 1 Januari 2013;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
Syarat Kelayakan Akademik Tajaan JPA Program Ijazah Perubatan Perdana University Graduate School of Medicine (PUGSOM) (Program 4 tahun bagi kemasukan lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains):
Syarat kemasukan khusus yang ditetapkan bagi Program PUGSOM adalah seperti berikut:
  • Kelas Kedua Atas atau PNGK 3.50 dan ke atas atau yang setara di peringkat Ijazah Pertama di dalam bidang Sains. Keutamaan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam tiga (3) dari mana-mana mata pelajaran berikut:
    • Matematik;
    • Kimia;
    • Biologi;
    • Fizik.
  • Mahir dalam penggunaan perisian komputer;
  • Lulus Medical College Admission Test (MCAT);
  • Memenuhi syarat ujian Bahasa Inggeris seperti berikut:
    • Sekurang-kurangnya Band 4 bagi Malaysian University English Test (MUET); atau
    • Markah minima Test of English as a Foreign Language (TOEFL) seperti berikut:
      • 550 mata bagi ujian bertulis; atau
      • 230 mata bagi ujian melalui komputer ; atau
      • 92 mata bagi ujian berdasarkan Internet Based Test (iBT); atau
    • Sekurang-kurangnya Band 6.5 untuk ujian International English Language Test System (IELTS).
  • Syarat-syarat tambahan lain yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dari semasa ke semasa.
  • Berjaya dalam sesi temu duga oleh Jawatankuasa Kemasukan Pelajar yang dianggotai oleh JHUSOM, Universiti Perdana (UP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku wakil Kerajaan Malaysia.
Syarat Kelayakan Akademik Tajaan JPA Program Ijazah Perubatan Perdana University - Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RCSI) (Program 5 tahun bagi kemasukan lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/A-Level /AUSMAT/ IB):
Syarat kemasukan khusus yang ditetapkan bagi Program PU-RCSI adalah seperti berikut:
  • Sekurang-kurangnya 1 A dan 2 B+ atau minimum 12 mata bagi peperiksaan A-Levels dengan keutamaan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam tiga (3) dari mana-mana mata pelajaran berikut:
    • Matematik;
    • Kimia;
    • Biologi;
    • Fizik.
  • Sekurang-kurangnya 1 A dan 2 B+ bagi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK 3.50 dan ke atas, keutamaan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam tiga (3) dari mana-mana mata pelajaran berikut:
    • Matematik;
    • Kimia;
    • Biologi;
    • Fizik.
  • Sekurang-kurangnya Tertiary Entrance Rank (TER) 90 bagi program Australian Matriculation (AUSMAT);
  • Sekurang-kurangnya 33 mata (tidak termasuk mata bonus) bagi program International Baccalaureate (IB).
  • Sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi program Matrikulasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), keutamaan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam empat (4) dari mana-mana mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Inggeris;
    • Matematik;
    • Kimia;
    • Biologi;
    • Fizik.
  • Memenuhi syarat ujian Bahasa Inggeris seperti berikut:
    • Sekurang-kurangnya Band 4 bagi Malaysian University English Test (MUET); atau
    • Markah minima Test of English as a Foreign Language (TOEFL) seperti berikut:
      • 550 mata bagi ujian bertulis; atau
      • 230 mata bagi ujian melalui komputer; atau
      • 92 mata bagi ujian berdasarkan Internet Based Test (iBT); atau
    • Sekurang-kurangnya Band 6.5 untuk ujian International English Language Test System (IELTS).
  • Syarat-syarat tambahan lain yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dari semasa ke semasa.
  • Berjaya dalam sesi temu duga oleh Jawatankuasa Kemasukan Pelajar yang dianggotai oleh RCSI, Universiti Perdana (UP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku wakil Kerajaan Malaysia.
Cara Memohon:
  • Permohonan Penajaan Pelajar Perubatan JPA ke Universiti Perdana boleh dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya di http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/uperdana/. Permohonan adalah percuma.
  • Pemohon hendaklah mendaftar kata laluan terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara atas talian (online).
  • Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat-syarat yang ada disediakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
  • Walau bagaimanapun, saudara / saudari adalah dipohon untuk melayari laman sesawang http://www.perdanauniversity.edu.my bagi tujuan permohonan kemasukan ke UP.
  • Tarikh tutup adalah pada 17 Mei 2013.
Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3436 / 3560 / 3562 / 3564 / 3892 pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat penawaranlsp@jpa.gov.my.


Sumber: Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Tawaran Biasiswa New Zealand-ASEAN (NZ-AS) 2014

Tawaran Biasiswa New Zealand-ASEAN (NZ-AS) ditawarkan oleh kerajaan New Zealand di bawah Program Bantuan New Zealand, satu program bantuan antarabangsa dan pembangunan yang diurus oleh Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan (Ministry of Foreign Affairs and Trade) New Zealand.

Tawaran biasiswa ini bermatlamat untuk menyokong pembangunan mampan di negara-negara membangun dalam usaha untuk mengurangkan kemiskinan dan menyumbang kepada dunia yang lebih selamat, adil dan makmur dengan memberi peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Master dan Ph.D).

Tarikh tutup: 30 Ogos 2013
Tawaran Biasiswa New Zealand-ASEAN untuk Peringkat Master dan Ph.D | Scholarship

Syarat Kelayakan:
Individu yang memenuhi kriteria berikut layak untuk memohon Biasiswa NZ-ASEAN 2014:
  • Pemohon merupakan masyarakat awam atau sektor kerajaan atau swasta, dengan keutamaan diberi kepada pemohon yang boleh menunjukkan potensi dan kualiti kepimpinan untuk kepimpinan masa hadapan;
  • Cadangan bidang kajian harus relevan diperdebatkan untuk pembangunan masa depan ASEAN secara keseluruhan, untuk Malaysia, untuk negeri di Malaysia (contohnya Sabah atau Sarawak) atau untuk kumpulan etnik di Malaysia. (Keutamaan boleh diberikan kepada calon Orang Asli yang sesuai dari Semenanjung Malaysia jika ada yang layak, memandangkan kekurangan pendidikan yang dialami oleh kumpulan itu);
  • Calon mestilah berusia di bawah umur 40 tahun untuk permohonan biasiswa di peringkat Sarjana dan di bawah 45 tahun untuk peringkat Ph.D;
  • Mereka yang mempunyai pengalaman kerja berkaitan dengan kursus pasca ijazah yang dikehendaki, dan yang dapat menunjukkan hubungan antara bidang kajian sebelumnya dengan bidang yang ingin diambil dalam pengajian ijazah lanjutan merupakan satu kelebihan;
  • Pemohon juga mesti memenuhi kriteria kelayakan umum untuk Biasiswa New Zealand-ASEAN.
Cara Memohon:
  • Pemohon perlu memuat turun borang permohonan Biasiswa New Zealand-ASEAN;
  • Pemohon perlu memohon untuk melanjutkan pengajian di universiti yang terpilih;
  • Pemohon dikehendaki menghantar dua set borang permohonan Biasiswa NZ-ASEAN yang telah dilengkapkan dalam Bahasa Inggeris (satu borang asal dan satu borang salinan) kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
  • Permohonan perlu disertakan dengan surat tawaran penempatan daripada universiti terbabit;
  • Calon Ph.D juga perlu menunjukkan bukti persetujuan dengan seorang penyelia (boleh dihantar melalui emel);
  • Tarikh tutup adalah pada 30 Ogos 2013.
Berikut adalah senarai tarikh penting berkaitan dengan Biasiswa Nez Zealand-ASEAN ini:
  • 30 Ogos 2013: Hari terakhir untuk menghantar borang permohonan kepada KPT;
  • September/Oktober 2013: Calon disenarai pendek dan dipanggil untuk sesi temuduga awal;
  • Oktober/November 2013: Keputusan akhir pemilihan calon yang berjaya dan dimaklumkan melalui surat tawaran;
  • Januari 2014: Taklimat sebelum berlepas ke New Zealand;
  • Februari/Jun 2014: Berlepas ke New Zealand.
Untuk melihat senarai institusi pendidikan terpilih, syarat kelayakan umum, proses pemilihan dan maklumat berkaitan, sila layari http://www.aid.govt.nz/webfm_send/444 atau hubungi:

Pn Nureezan Binti Daud,
Unit Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Kuala Lumpur
Email: nureezan@mohe.gov.my | Tel: 8870 6315 | Fax: 8870 6839



Sumber: New Zealand Aid Programme

Biasiswa AMCHAM-MACEE 2013

Biasiswa AMCHAM-MACEE 2013 ditawarkan oleh Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) dan Suruhanjaya Malaysia Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) bagi memudahkan pelajar Malaysia yang layak untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Amerika Syarikat.

Tawaran biasiswa ini adalah terbuka kepada pelajar warganegara Malaysia yang diterima ke universiti yang diiktiraf di Amerika Syarikat untuk tempoh empat tahun pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pelajar mestilah diterima untuk sesi kemasukan musim Luruh (Ogos - Disember) 2013. Pelajar yang berpindah tidak layak untuk memohon Biasiswa AMCHAM-MACEE ini.

Tarikh tutup: 30 Mei 2013
Tawaran Biasiswa AMCHAM-MACEE | Scholarship

Syarat Kelayakan:
Untuk layak memohon Biasiswa AMCHAM-MACEE 2013, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang telah menamatkan pendidikan menengah atau peringkat yang lebih tinggi (SPM, O Level, STPM atau A Level, IB, homeschooling melepasi gred 12 AS);
  • Keputusan peperiksaan mesti diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, disahkan sebagai salinan yang benar dan dihantar beserta dengan borang permohonan;
  • Markah TOEFL dan SAT perlu disertakan;
  • Dua surat sokongan;
  • Salinan Kad Pengenalan atau Pasport Malaysia;
  • Surat tawaran ke universiti atau kolej di Amerika Syarikat;
  • Salinan surat penerimaan kemasukan dan dokumen I-20 yang diperakui dari universiti atau kolej Amerika Syarikat.
Cara Memohon:
  • Pemohon hendaklah memuat turun borang permohonan Biasiswa AMCHAM-MACEE 2013;
  • Borang yang telah dimuat turun hendaklah dicetak dan diisi dengan lengkap;
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen berkaitan ke alamat di bawah:

  • MACEE
    AMCHAM-MACEE Scholarship Program
    18th Floor, Menara Yayasan Tun Razak,
    200, Jalan Bukit Bintang,
    55100 Kuala Lumpur
    Tel: (603) 2166 8878 | Fax:(603) 2166 1878
    Email: mea@macee.org.my; adviser.kl@macee.org.my
    Web: www.macee.org.my

  • Tarikh tutup adalah pada 30 Mei 2013.
Sila berhubung dengan alamat di atas untuk sebarang maklumat lanjut.


Sumber: American Malaysian Chamber of Commerce
DISCLAIMER: All data and information provided on this blog are for informational purposes only. While every reasonable effort is made to provide the readers with most accurate information, please use your discretion before taking any decision based on the information in this blog as we make no guarantees of any kind. In no event shall the ScholarshipMalaysia.blogspot.com or/and its author be responsible or liable, directly or indirectly, for any damage or loss caused or alleged to be caused by or in connection with the use of or reliance on any such content, goods, or services available on or through any such site or resource. All information are provided on an as-is basis.

Top