11 Mei 2013

Tajaan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Untuk Pelajar Perubatan ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti Program Ijazah Perubatan Perdana University Graduate School of Medicine (PUGSOM) dan Program Perdana University - Royal College Of Surgeons In Ireland (PU-RCSI) untuk sesi pengajian September 2013 di Universiti Perdana.

PUGSOM merupakan program penajaan bagi pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains (dengan kolaborasi John Hopkins University School of Medicine), manakala program PU-RCSI adalah bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level/ Australian Matriculation (AUSMAT)/ International Baccalaureate (IB) dan yang setara dengannya (dengan kolaborasi Royal College of Surgeons in Ireland).

Tarikh tutup: 17 Mei 2013
    Permohonan Penajaan Pelajar Perubatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Ke Universiti Perdana (UP) Bagi Tahun 2013

Syarat Kelayakan Asas:
Setiap pemohon disyaratkan untuk mendapat tempat pengajian dalam bidang yang ditetapkan di UP terlebih dahulu sebelum ditawarkan penajaan oleh JPA.

Syarat-syarat asas permohonan bagi program perubatan PUGSOM dan PU-RCSI adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun (PUGSOM) atau 20 tahun (PU-RCSI) pada 1 Januari 2013;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
Syarat Kelayakan Akademik Tajaan JPA Program Ijazah Perubatan Perdana University Graduate School of Medicine (PUGSOM) (Program 4 tahun bagi kemasukan lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains):
Syarat kemasukan khusus yang ditetapkan bagi Program PUGSOM adalah seperti berikut:
  • Kelas Kedua Atas atau PNGK 3.50 dan ke atas atau yang setara di peringkat Ijazah Pertama di dalam bidang Sains. Keutamaan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam tiga (3) dari mana-mana mata pelajaran berikut:
    • Matematik;
    • Kimia;
    • Biologi;
    • Fizik.
  • Mahir dalam penggunaan perisian komputer;
  • Lulus Medical College Admission Test (MCAT);
  • Memenuhi syarat ujian Bahasa Inggeris seperti berikut:
    • Sekurang-kurangnya Band 4 bagi Malaysian University English Test (MUET); atau
    • Markah minima Test of English as a Foreign Language (TOEFL) seperti berikut:
      • 550 mata bagi ujian bertulis; atau
      • 230 mata bagi ujian melalui komputer ; atau
      • 92 mata bagi ujian berdasarkan Internet Based Test (iBT); atau
    • Sekurang-kurangnya Band 6.5 untuk ujian International English Language Test System (IELTS).
  • Syarat-syarat tambahan lain yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dari semasa ke semasa.
  • Berjaya dalam sesi temu duga oleh Jawatankuasa Kemasukan Pelajar yang dianggotai oleh JHUSOM, Universiti Perdana (UP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku wakil Kerajaan Malaysia.
Syarat Kelayakan Akademik Tajaan JPA Program Ijazah Perubatan Perdana University - Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RCSI) (Program 5 tahun bagi kemasukan lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/A-Level /AUSMAT/ IB):
Syarat kemasukan khusus yang ditetapkan bagi Program PU-RCSI adalah seperti berikut:
  • Sekurang-kurangnya 1 A dan 2 B+ atau minimum 12 mata bagi peperiksaan A-Levels dengan keutamaan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam tiga (3) dari mana-mana mata pelajaran berikut:
    • Matematik;
    • Kimia;
    • Biologi;
    • Fizik.
  • Sekurang-kurangnya 1 A dan 2 B+ bagi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK 3.50 dan ke atas, keutamaan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam tiga (3) dari mana-mana mata pelajaran berikut:
    • Matematik;
    • Kimia;
    • Biologi;
    • Fizik.
  • Sekurang-kurangnya Tertiary Entrance Rank (TER) 90 bagi program Australian Matriculation (AUSMAT);
  • Sekurang-kurangnya 33 mata (tidak termasuk mata bonus) bagi program International Baccalaureate (IB).
  • Sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi program Matrikulasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), keutamaan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam empat (4) dari mana-mana mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Inggeris;
    • Matematik;
    • Kimia;
    • Biologi;
    • Fizik.
  • Memenuhi syarat ujian Bahasa Inggeris seperti berikut:
    • Sekurang-kurangnya Band 4 bagi Malaysian University English Test (MUET); atau
    • Markah minima Test of English as a Foreign Language (TOEFL) seperti berikut:
      • 550 mata bagi ujian bertulis; atau
      • 230 mata bagi ujian melalui komputer; atau
      • 92 mata bagi ujian berdasarkan Internet Based Test (iBT); atau
    • Sekurang-kurangnya Band 6.5 untuk ujian International English Language Test System (IELTS).
  • Syarat-syarat tambahan lain yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dari semasa ke semasa.
  • Berjaya dalam sesi temu duga oleh Jawatankuasa Kemasukan Pelajar yang dianggotai oleh RCSI, Universiti Perdana (UP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku wakil Kerajaan Malaysia.
Cara Memohon:
  • Permohonan Penajaan Pelajar Perubatan JPA ke Universiti Perdana boleh dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya di http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/uperdana/. Permohonan adalah percuma.
  • Pemohon hendaklah mendaftar kata laluan terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara atas talian (online).
  • Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat-syarat yang ada disediakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
  • Walau bagaimanapun, saudara / saudari adalah dipohon untuk melayari laman sesawang http://www.perdanauniversity.edu.my bagi tujuan permohonan kemasukan ke UP.
  • Tarikh tutup adalah pada 17 Mei 2013.
Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3436 / 3560 / 3562 / 3564 / 3892 pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat penawaranlsp@jpa.gov.my.


Sumber: Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Tajaan Biasiswa Perubatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Universiti Perdana ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com