12 Jun 2013

Tawaran Biasiswa Bank OCBC untuk Ijazah Sarjana Muda 2013 merupakan satu bantuan pendidikan kepada pelajar yang telah mendapat tempat atau layak untuk kemasukan ke tahun pertama pengajian ijazah sarjana muda secara sepenuh masa di dalam negara.

Selain mendapat pendedahan pekerjaan dan peningkatan kemahiran melalui program latihan amali, penerima Biasiswa OCBC Bank tanpa ikatan ini juga berpeluang untuk mendapat tawaran pekerjaan mengikut merit yang ditetapkan setelah tamat pengajian.




Tarikh tutup: 24 Jun 2013
Tawaran Biasiswa OCBC Bank Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda Dalam Negara | OCBC Bank Scholarship
Syarat Kelayakan:
  • Keutamaan akan diberi kepada warganegara Malaysia;
  • Keputusan cemerlang dalam Matrikulasi / STPM;
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum;
  • Sedang mendaftarkan diri untuk program ijazah sarjana muda sepenuh masa di universiti tempatan;
  • Tidak menerima mana-mana biasiswa atau bantuan pendidikan tanpa kebenaran daripada pihak universiti dan bank berkaitan.
Cara Memohon:
  • Pemohon hendaklah memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Bank OCBC 2013;
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar beserta salinan sijil-sijil akademik dan dokumen yang berkaitan kepada alamat berikut sebelum 24 Jun 2013:

  • Jawatankuasa Pemilihan Biasiswa OCBC Bank,
    OCBC Bank (Malaysia) Berhad (295400-W),
    Jabatan Sumber Manusia,
    Peti Surat 10197, 50911 Kuala Lumpur
Hanya pemohon yang tersenarai pendek sahaja akan dihubungi.


Sumber: Bank OCBC Malaysia

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Bank OCBC untuk Ijazah Sarjana Muda 2013 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com