09 Jun 2013

Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2013 menawarkan tajaan biasiswa kepada pelajar berkelayakan yang sedang menuntut atau memohon untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Tajaan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia ini diutamakan untuk mereka yang sedang atau akan melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang berikut:
  • Kewangan;
  • Perakaunan;
  • Perundangan (LLB dan/atau Syariah);
  • Ekonomi;
  • Matematik;
  • Teknologi Maklumat;
  • Sains Aktuari;
Tarikh tutup: 21 Jun 2013
Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda 2013/2014 | Scholarship
Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia yang berusia kurang daripada 22 tahun;
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Telah mendapat tempat atau memohon kemasukan mengikuti program Ijazah Pertama secara sepenuh masa di mana-mana IPTA tempatan;
  • Keputusan STPM – minimum 2A dan 2B; ATAU
  • Keputusan A Level – minimum 2A dan 1B; ATAU
  • Keputusan Matrikulasi – minimum PNGK 3.5 ke atas, atau setaraf;
  • Keputusan Malaysia University English Test (MUET) – Band 4;
  • Rekod cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum dan/atau khidmat kemasyarakatan, sebaiknya memegang jawatan kepimpinan.
Cara Memohon:
  • Pemohon perlu memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2013/2014;
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada scholarships@bursamalaysia.com atau ke alamat berikut:

  • Yayasan Bursa Malaysia
    Bursa Malaysia Berhad
    13th Floor, Exchange Square
    Bukit Kewangan
    50200 Kuala Lumpur

  • Sila nyatakan “Yayasan Bursa Malaysia Scholarship Programme 2013" pada bahagian atas kiri sampul surat.
Hanya calon yang berjaya sahaja yang akan dimaklumkan. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak secara otomatik.


Sumber: Bursa Malaysia

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2013 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com