Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan 2013/2014 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan 2013/2014

Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan 2013/2014 ini ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut bagi program PhD, Sarjana (Master), Ijazah Sarjana Muda dan Diploma:
Tarikh tutup: 1 Jun – 31 Jul / 1 Nov – 31 Dis (Diploma)
Tarikh tutup: 1 Sep – 30 Okt / 1 Feb – 31 Mac (Ijazah Pertama, Sarjana, PhD)
Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan untuk Peringkat Pengajian Ph.D, Master, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma | Scholarships

Syarat Kelayakan:
  • Tawaran adalah terbuka kepada calon-calon anak Negeri Sembilan; ATAU
  • Salah seorang daripada ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan; ATAU
  • Salah seorang daripada ibu/bapa telah menetap tidak kurang dari lapan (8) tahun berterusan di Negeri Sembilan. (Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan / Ketua Kampung / Penghulu / JKKK / Wakil Rakyat kawasan berkenaan hendaklah dilampirkan);
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM6,000.00.
Cara Memohon:
  • Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan yang juga boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan dan melalui dari laman web www.yns.gov.my;
  • Borang permohonan hanya akan diberi kepada pemohon yang telah ditawarkan tempat masuk ke IPTA secara sepenuh masa dengan mengemukakan salinan surat tawaran yang telah disahkan;
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses;
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN
YAYASAN NEGERI SEMBILAN

Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-7628046 | Faks: 06-7631420



Sumber: Laman Web Rasmi Yayasan Negeri Sembilan

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)