Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Kelantan Darulnaim 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Kelantan Darulnaim 2013

Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Kelantan Darulnaim 2013 ditawarkan kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan yang berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama / Diploma di Universiti tempatan (IPTA sahaja) dan peringkat Diploma di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Diploma / Ijazah di UniSZA (kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah) serta Diploma dan Sijil di Politeknik Kementerian Pelajaran sahaja.

Tarikh tutup: 31 Julai 2013 (Sijil dan Diploma), 30 September 2013 (Ijazah Pertama)
Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Kelantan Darulnaim 2013 | Study Loan

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan;
  • Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi tempatan (IPTA sahaja);
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu;
  • Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.
Cara Memohon:
  • Permohonan hendaklah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dibeli di pejabat YAKIN dengan harga RM2.00 secara tunai;
  • Permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulan Wang Yayasan Kelantan Darulnaim dan menyertakan sampul surat bersaiz 22 cm x 10 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos RM2.00;
  • Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti / Institusi, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada Pejabat YAKIN di alamat berikut:

  • Pengarah
    Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)
    Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
    Jalan Gajah MAti
    15000 Kota Bharu, KELANTAN
    Tel : 09-7483213 / 7446127

  • Permohonan yang lengkap bagi Kursus Peringkat Sijil Dan Diploma hendaklah diserahkan sebelum @ pada 31.07.2013, manakala permohonan lengkap bagi Kursus Ijazah Sarjana Muda pula hendaklah diserahkan sebelum @ pada 30.09.2013;
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi kriteria-kriteria di atas tidak akan dilayan.
Hanya pemohon-pemohon yang berjaya sahaja akan diberitahu.


Sumber: Yayasan Kelantan Darulnaim

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)