19 Julai 2013

Tawaran Biasiswa Khazanah Global 2103 untuk Ijazah Sarjana Muda merupakan satu anugerah berprestij yang menawarkan peluang untuk rakyat Malaysia yang berprestasi tinggi dan cemerlang untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Jepun.

Di samping itu, penerima Biasiswa Khazanah Global turut disediakan dengan latihan kepimpinan di organisasi terkemuka di Malaysia. Tempoh biasiswa adalah untuk sepanjang tempoh pengajian seperti yang dinyatakan dalam tawaran kemasukan, tertakluk kepada terma dan syarat Yayasan Khazanah.

Tarikh tutup: 21 Julai 2013
Tawaran Biasiswa Khazanah Global untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda | Scholarship

Syarat Kelayakan:
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial atau kesukarelawanan;
  • Satu kenyataan peribadi diperlukan (Tajuk: Mengapa Biasiswa Khazanah Nasional adalah untuk anda dan bagaimana anda boleh menyumbang kepada amalan tadbir urus yang baik dan pembangunan kepimpinan Malaysia);
  • Pemohon mestilah mempunyai rekod pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang seperti berikut:
    • Asasi:
      • Mendapat minimum 8A (kombinasi A dan A+) dalam peperiksaan SPM baru-baru ini;
      • Tidak melebihi umur 18 tahun pada tarikh pendaftaran untuk pengajian asasi.
    • Ijazah Pertama:
      • Memperolehi 3A minimum untuk A-Level atau kelayakan lain yang setaraf;
      • Mendapat minimum sebanyak 3.50 PNGK untuk Ijazah Sarjana Muda;
      • Telah ditawarkan atau sedang mengikuti pengajian di universiti-universiti berkaitan (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan);
      • Tidak melebihi umur 21 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program Ijazah Pertama

Cara Memohon:
Jika pemohon menghadapi masalah dalam menghantar permohonan secara online, sila hubungi 03-2034 4768, 03-2034 0427 atau 03-2034 4783.

Yayasan Khazanah
Level 33, Tower 2, Petronas Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Malaysia



Sumber: Yayasan KHAZANAH

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Khazanah Global (Ijazah Sarjana Muda) 2013 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com