Loading...
19 Juli 2013
57 Senarai Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara (SPYPLN) JPA Sesi 2/2013

Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara (SPYPLN) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sesi 2/2013 ditawarkan bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar persendirian di luar negara yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama, tertakluk kepada syarat dan kriteria yang tertentu.

Kemudahan SPYPLN JPA ini adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa. Had ini ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik selepas tamat pengajian nanti.

Tarikh tutup: 18 Ogos 2013
Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara (SPYPLN) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sesi 2/2013

Jenis-jenis Pinjaman:
[BUKA] Pinjaman Khas Perubatan [TUTUP] Pinjaman Khas Perubatan
Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam Bidang-Bidang Kritikal iaitu bidang Perubatan dan Pergigian. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman tersebut sekiranya pelajar dilantik dan bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jayanya.

[BUKA] Pinjaman Biasa [TUTUP] Pinjaman Biasa
Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam Bidang-Bidang Keutamaan dan Bidang-Bidang Lain seperti yang dinyatakan di bawah . Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

Bidang-Bidang Keutamaan:
  • Farmasi
  • Sains Veterinar
  • Sains dan Teknologi (KECUALI Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)
  • Kejuruteraan (KECUALI Elektrikal & Elektronik, Mekanikal dan Awam)
  • Senibina/ RIBA Part II
  • Perakaunan
Bidang-Bidang Lain (Sains Sosial & Sastera Ikhtisas):
  • Undang-undang
  • Ekonomi
  • Kewangan / Perbankan / Pemasaran / Perniagaan Antarabangsa
  • Perhubungan Antarabangsa
  • Komunikasi


Kursus-kursus yang ditaja hanya terdiri daripada kursus-kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja. Semakan pengiktirafan boleh dibuat melalui Portal JPA di laman sesawang http://pengiktirafan.jpa.gov.my/.

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat;
  • Belum mempunyai Ijazah Pertama;
  • Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar bukan merupakan peminjam/ penjamin tegar kepada mana-mana skim pinjaman/ biasiswa Kerajaan;
  • Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenarai hitamkan dalam mana-mana skim pinjaman Kerajaan;
  • Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa Kerajaan;
  • Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa. Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
  • Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja.
Cara Memohon:
  • Permohonan hendaklah dibuat secara online di ePermohonan – Sistem Permohoan Program Tajaan JPA melalui Portal JPA (www.jpa.gov.my) atau Portal eSILA (http://esilav2.jpa.gov.my) dan disusuli dengan penghantaran dokumen-dokumen sokongan;
  • Penghantaran dokumen-dokumen sokongan (hardcopy) hendaklah sampai ke JPA selewat-lewatnya 30 Ogos 2013;
  • Sila muat-turun Garis Panduan Permohonan Pinjaman Sesi 2/2013 untuk senarai dokumen sokongan yang perlu disertakan.
Keputusan permohonan sesi 2/2013 dijangka akan dimaklumkan secara online di Portal eSILA pada 25 Oktober 2013.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar di Negara, sila berhubung dengan alamat berikut:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(u.p.: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
No. Tel: 03-8885 3892/ 3562/ 3564/ 3489 | No. Faks: 03-8889 2640
Emel : penawaranlsp@jpa.gov.my



Sumber: Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam

2 komen:

  1. salam, biasiswa JPA untuk ijazah dalam negara da tutup ke?

    BalasHapus
  2. biasiswa jpa utk diploma sesi 2 belom bukak ke?

    BalasHapus

 
Toggle Footer
KE ATAS