04 Mac 2016

Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Program (PESP) merupakan satu program penajaan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang di Malaysia untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan minyak dan gas.

Biasiswa PETRONAS 2016 ini terbuka untuk program ijazah pertama di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan juga luar negara dalam bidang teknikal dan bukan teknikal.

Antara bidang teknikal yang ditaja untuk UTP dan universiti luar negara ialah:
  • UTP
    1. Kejuruteraan Kimia;
    2. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
    3. Kejuruteraan Mekanikal;
    4. Kejuruteraan Petroleum;
    5. Geosains Petroleum.
  • Luar Negara
    1. Kejuruteraan Kimia;
    2. Kejuruteraan Mekanikal;
    3. Kejuruteraan Petroleum;
    4. Geologi / Geofizik.
Manakala bidang bukan teknikal yang ditaja untuk universiti luar negara ialah:
  1. Perakaunan / Perniagaan / Kewangan;
  2. Undang-undang;
  3. Ekonomi;
  4. Sains Aktuari.

Tarikh tutup: 10 Mac 2016 (Khamis) - 5PM
Tawaran Biasiswa Pendidikan PETRONAS di TawaranBiasiswa.blogspot.com

88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Syarat Kelayakan Biasiswa PETRONAS:

  • Warganegara Malaysia berusia di antara 17 - 19 tahun pada tahun 2016;
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan penyertaan aktif (boleh dibuktikan) dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum;
  • Tidak terikat atau menerima mana-mana biasiswa daripada organisasi lain;
  • Untuk bidang teknikal: Minimum 4A+, 5A- dalam SPM 2015 dengan minimum A- dalam mata pelajaran Kimia dan Fizik;
  • Bagi bidang bukan teknikal: Minimum 4A+, 5A- dalam SPM 2015.

Cara Memohon Biasiswa PETRONAS:

  • Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui Portal Biasiswa Pendidikan PETRONAS;
  • Bagi permohonan tajaan untuk bidang pengajian di UTP, pemohon wajid menghantar permohonan kemasukan ke UTP melalui http://www.utp.edu.my;
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi penilaian.

Tentatif Penajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS 2016:

  • 3 Mac 2016 - Sistem permohonan online mula dibuka;
  • 10 Mac 2016 - Sistem permohonan online ditutup;
  • Mac 2016 - Pengumuman dan Jemputan untuk menghadiri PETRONAS YoungStars’ Day (PYD) bagi yang terpilih;
  • April 2016 - PETRONAS YoungStars’ Day (PYD);
  • April 2016 - Pengumuman penganugerahan biasiswa pendidikan PETRONAS 2016;
  • May 2016 - Penerimaan / penolakan biasiswa.


Sumber: Petronas

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Pendidikan PETRONAS (Ijazah Pertama) 2016 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

2 komen:

  1. Masih adakah untuk tajaan untuk tahun lain

    BalasPadam
  2. kenapa bahagian student number takleh masuk ?

    BalasPadam

 
My Ping in TotalPing.com