Biasiswa Diploma Politeknik Malaysia Yayasan KUOK - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Biasiswa Diploma Politeknik Malaysia Yayasan KUOK

Biasiswa Politeknik Yayasan KUOK ditawarkan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat Diploma di politeknik tempatan.

Biasiswa Diploma politeknik ini bertujuan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.

Calon yang berjaya akan diberikan geran pengajian bernilai RM6,000 setahun.

Temuduga dijangka akan dijalankan pada bulan Mac 2016 bertempat di pejabat Kuok Foundation, Kuala Lumpur.

Tarikh tutup: 28 Disember 2015 (Isnin)
Biasiswa Politeknik Yayasan KUOK

Syarat Kelayakan Biasiswa Diploma Politeknik:


  • Warganegara Malaysia;
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam SPM bagi mana-mana mata pelajaran berikut: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains atau satu mata pelajaran yang berkaitan dengan kursus; ATAU
  • Mencapai gred keseluruhan sekurang-kurangnya PNGK 2.8 dan ke atas dalam keputusan Politeknik terkini;
  • Tawaran biasiswa Yayasan KUOK ini hanya untuk pelajar yang memerlukan;
  • Pemohon mestilah tidak menerima sebarang biasiswa lain seperti biasiswa JPA dan lain-lain pada masa permohonan.

Cara Memohon Biasiswa Diploma Politeknik Yayasan KUOK:

  • Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Politeknik Yayasan KUOK 2016;
  • Borang permohonan juga boleh didapati dari:

  • Kuok Foundation Berhad,
    Letter Box No. 110, 16th Floor UBN Tower,
    No. 10, Jalan P. Ramlee,
    50250 Kuala Lumpur

    ATAU

  • Jabatan Hal Ehwal Pelajar di politeknik masing-masing.

  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah sampai kepada Yayasan atau Jabatan Hal Ehwal Pelajar di politeknik masing-masing pada atau sebelum tarikh tutup permohonan;
  • Permohonan yang lewat tidak akan dilayan.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan untuk urusan temuduga.




Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)