ads

Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Biasiswa Maybank 2013 Dalam dan Luar Negara

Maybank Scholarship Scheme 2013

Sejak penubuhan anugerah Biasiswa Maybank pada tahun 1972, Maybank telah menaja lebih daripada 1,000 pelajar serta menyediakan pelbagai peluang pekerjaan untuk mereka. Anugerah Biasiswa Maybank menggabungkan falsafah tanggungjawab sosial korporatnya iaitu ‘Berkembang dengan Tanggungjawab (Growing with Responsibility)’, membantu mereka yang cemerlang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan meneruskan kerjaya dengan kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar negara. Program Biasiswa Maybank 2013 Dalam dan Luar Negara ini bukan sahaja menyokong pengajian lanjutan anda malahan turut menawarkan satu perjalanan yang penuh dengan berbagai peluang pembelajaran.

Tarikh tutup: 31 Mac 2013
Logo Biasiswa Maybank Scholarship 2013 Local Oversea Dalam Luar Negara

Syarat Kelayakan:
  • Mendapat sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan SPM atau setaraf;
  • Jumlah pendapatan isi rumah tahunan tidak melebihi daripada RM120,000;
  • Pengalaman kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum;
  • Individu yang bertenaga dan mencari kerjaya yang mencabar dan mendapat ganjaran selepas tamat pengajian;
  • Pemohon mestilah tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi atau yayasan lain.
Jenis Biasiswa:
  • Biasiswa penuh daripada peringkat pengajian Pra-Universiti/Asasi sehinggalah ke tahap ijazah di institusi pendidikan dalam dan luar negara (yuran pengajian, komputer riba, penginapan dan elaun sara hidup);
  • Program Persediaan Kerjaya (latihan kerjaya, tugasan perniagaan, program-program Impak Pembentangan dan Komunikasi Berkesan);
  • Peluang pekerjaan dengan Maybank setelah tamat pengajian.
Bidang Terpilih:

Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Sistem Maklumat, Matematik, Syariah, Fiqh, Perundangan Syariah, Ekonomi Islam, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Perniagaan, Pengurusan Perniagaan, Perdagangan, Ekonomi, Pengurusan Sumber Manusia, Perhubungan Antarabangsa, Undang-undang, Psikologi Organisasi / Sosial, Jualan , Pemasaran, Statistik & Penyelidikan Operasi.

Muat turun borang permohonan Biasiswa MAYBANK 2013 Dalam dan Luar Negara di SINI.

Borang permohonan Biasiswa Maybank 2013 Dalam dan Luar Negara yang telah lengkap diisi hendaklah diemelkan ke scholarship@maybank.com.my atau dihantar ke alamat berikut:

Maybank Scholarship Award 2013
Resourcing Centre
Group Human Capital
44th Floor, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saluran di bawah:

Emel: scholarship@maybank.com.my
Facebook: www.facebook.com/maybank
No. Telefon: 03 – 2070 8833 Samb. 3967/6995/8564


Sumber: Skim Biasiswa Maybank 2013
DISCLAIMER: All data and information provided on this blog are for informational purposes only. While every reasonable effort is made to provide the readers with most accurate information, please use your discretion before taking any decision based on the information in this blog as we make no guarantees of any kind. In no event shall the ScholarshipMalaysia.blogspot.com or/and its author be responsible or liable, directly or indirectly, for any damage or loss caused or alleged to be caused by or in connection with the use of or reliance on any such content, goods, or services available on or through any such site or resource. All information are provided on an as-is basis.

Top