ads

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara (SPYPLN) JPA Sesi 2/2013

Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara (SPYPLN) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sesi 2/2013 ditawarkan bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar persendirian di luar negara yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama, tertakluk kepada syarat dan kriteria yang tertentu.

Kemudahan SPYPLN JPA ini adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa. Had ini ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik selepas tamat pengajian nanti.

Tarikh tutup: 18 Ogos 2013
Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara (SPYPLN) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sesi 2/2013

Jenis-jenis Pinjaman:
[BUKA] Pinjaman Khas Perubatan [TUTUP] Pinjaman Khas Perubatan
Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam Bidang-Bidang Kritikal iaitu bidang Perubatan dan Pergigian. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman tersebut sekiranya pelajar dilantik dan bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jayanya.

[BUKA] Pinjaman Biasa [TUTUP] Pinjaman Biasa
Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam Bidang-Bidang Keutamaan dan Bidang-Bidang Lain seperti yang dinyatakan di bawah . Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

Bidang-Bidang Keutamaan:
  • Farmasi
  • Sains Veterinar
  • Sains dan Teknologi (KECUALI Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)
  • Kejuruteraan (KECUALI Elektrikal & Elektronik, Mekanikal dan Awam)
  • Senibina/ RIBA Part II
  • Perakaunan
Bidang-Bidang Lain (Sains Sosial & Sastera Ikhtisas):
  • Undang-undang
  • Ekonomi
  • Kewangan / Perbankan / Pemasaran / Perniagaan Antarabangsa
  • Perhubungan Antarabangsa
  • Komunikasi


Kursus-kursus yang ditaja hanya terdiri daripada kursus-kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja. Semakan pengiktirafan boleh dibuat melalui Portal JPA di laman sesawang http://pengiktirafan.jpa.gov.my/.

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat;
  • Belum mempunyai Ijazah Pertama;
  • Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar bukan merupakan peminjam/ penjamin tegar kepada mana-mana skim pinjaman/ biasiswa Kerajaan;
  • Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenarai hitamkan dalam mana-mana skim pinjaman Kerajaan;
  • Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa Kerajaan;
  • Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa. Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
  • Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja.
Cara Memohon:
  • Permohonan hendaklah dibuat secara online di ePermohonan – Sistem Permohoan Program Tajaan JPA melalui Portal JPA (www.jpa.gov.my) atau Portal eSILA (http://esilav2.jpa.gov.my) dan disusuli dengan penghantaran dokumen-dokumen sokongan;
  • Penghantaran dokumen-dokumen sokongan (hardcopy) hendaklah sampai ke JPA selewat-lewatnya 30 Ogos 2013;
  • Sila muat-turun Garis Panduan Permohonan Pinjaman Sesi 2/2013 untuk senarai dokumen sokongan yang perlu disertakan.
Keputusan permohonan sesi 2/2013 dijangka akan dimaklumkan secara online di Portal eSILA pada 25 Oktober 2013.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar di Negara, sila berhubung dengan alamat berikut:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(u.p.: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
No. Tel: 03-8885 3892/ 3562/ 3564/ 3489 | No. Faks: 03-8889 2640
Emel : penawaranlsp@jpa.gov.my



Sumber: Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam

Biasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2013 untuk Pengajian Luar Negara (Mesir)

Tawaran Biasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2013 untuk Pengajian Luar Negara (Mesir) dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat 2012 bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara.

Penempatan pusat pengajian HANYA melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.

Program dan institusi yang ditaja adalah seperti berikut:
  • Pengajian Islam / Bahasa Arab: Universiti-Universiti Al-Azhar;
  • Perubatan / Pergigian / Farmasi: Universiti Al-Azhar, Universiti Iskandariah, Universiti Kaherah dan Universiti Ain Syam;
  • Tahfiz Qiraat: Maahad Qiraat Shoubra dan Maahad Lilbanat Mansurah.
Tarikh tutup: 30 April 2013
Tawaran Biasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2013 untuk Pengajian Luar Negara (Mesir)

Syarat Kelayakan:
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk layak membuat permohonan Biasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2013:
  • Warganegara Malaysia;
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 3 tahun;
  • Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak;
  • Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan);
  • Memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:
    • Pengajian Islam / Bahasa Arab: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 5 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan;
    • Perubatan / Pergigian / Farmasi: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat Gred A- dalam 6 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik & Kimia);
    • Tahfiz Qiraat: Keputusan peperiksaan PNGK 2.75 dalam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat dari Darul Quran JAKIM atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA), Maahad Qiraat Shoubra dan Maahad Lilbanat Mansurah.
Cara Memohon:
  • Muat turun borang permohonan Biasiswa MAIWP Mesir 2013 atau hadir ke pejabat MAIWP;
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan mestilah dihantar ke:

  • Bahagian Baitulmal,
    Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
    Unit Pembangunan Akademik (IPT)
    Bangunan Daruzzakah, Tingkat 5,
    Lorong Hj. Hussein 2,
    Off Jalan Raja Muda, 50300 Kuala Lumpur

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2013.
Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, sila hubungi talian: 03-26175216 / 224 / 213 / 221 (Unit Pembangunan Akademik IPT) waktu berkerja sahaja.


Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2013

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2013 ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di institusi pengajian tinggi tempatan.

Bagi program Diploma, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  • Sains Komputer
  • Kejuruteraan
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA)
Manakala bagi bidang pengajian yang ditawarkan di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:
Perubatan Pertanian
Pergigian Pengurusan Ladang
Perubatan Veterinar Performing Arts
Farmasi Muzik
Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik) Pengurusan Pelancongan
Kejuruteraan Pentadbiran Perniagaan
Ukur Bahan Teknologi Industri
Seni Bina (Architectural) Perakaunan
Sains dan Teknologi Makanan Ekonomi
Sains Bio Teknologi Sains Komputer
Akuakultur Psikologi
Sains Biologi Marin TESL (Teaching English as a Second Language)
Sains Alam Sekitar Matematik
Perikanan Pengajian Islam
Perhutanan Teknologi Maklumat
Undang-undang -

Tarikh tutup: 14 Mei 2013
Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2013 untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi tempatan.
Syarat Kelayakan:
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk layak membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2013:
  • Bagi peringkat Diploma, umur pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun, manakala usia pemohon untuk peingkat Ijazah Sarjana Muda hendaklah tidak melebihi 25 tahun;
  • Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan matapelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris untuk Universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar;
  • Lulus Sijil STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred B dalam empat (4) matapelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf;
  • Berkelulusan Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00;
  • Lulus Foundation / Alpha dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50;
  • Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
Cara Memohon:
  • Semua Permohonan BKNS 2013 hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Sistem Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah di www.biasiswa.sabah.gov.my;
  • Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing;
  • Bagi daerah-daerah berikut yang berkemungkinan menghadapi kesukaran akses kepada online, borang permohonan ada disediakan di lokasi berikut:
    • Pejabat Daerah: Kinabatangan, Tongod dan Pitas.
    • Pejabat Daerah Kecil: Matunggong, Pagalungan, Sook, Tungku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid.
    • Perpustakaan: Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau.
  • Borang permohonan yang lengkap diisi dan berserta salinan-salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah disahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:

  • Bahagian Biasiswa dan Latihan,
    Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri,
    Tingkat 3, Wisma Perindustrian,
    Jalan Istiadat, Likas,
    Beg Berkunci No. 2076,
    88999 KOTA KINABALU, SABAH
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan BKNS 2013, sila hubungi alamat di atas atau melalui talian 088-260161 atau emelkan kepada biasiswa.jpan@sabah.gov.my.

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan permohonan boleh disemak secara online.

Kursus-kursus Matrikulasi / Asasi / Foundation tidak ditaja.

Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.

Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.


Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang untuk Pengajian di Timur Tengah (Mesir dan Jordan) 2013

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang membuka permohonan untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Pertama di Timur Tengah (Mesir, Jordan, Maghribi) kepada semua pelajar yang berkelayakan.

Sehubungan dengan itu, Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Takhasus Qiraat, Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam).




Tarikh tutup: 15 April 2013
Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang untuk Pengajian ke Universiti-universiti Timur Tengah (Mesir, Jordan) 2013 | Scholarships
Syarat Kelayakan:
  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, ATAU;
    • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang mesti mengemukakan surat pengesahan bermastautin dari pada Wakil Rakyat / Pegawai Daerah / Penghulu Mukim.
  • Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.
  • Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  • Pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan program yang telah dinyatakan.
Cara Memohon:
  • Muat turun borang permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang ke Universiti-universiti Timur Tengah 2013;
  • Sila lengkapkan borang berkenaan dengan menyertakan salinan sijil-sijil persekolahan berserta dokumen kelahiran pelajar dan kedua ibubapa yang telah disahkan benar;
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan semua dokumen yang diperlukan hendaklah dikembalikan ke Yayasan Pahang ke alamat di bawah sebelum atau pada 15 April 2013 (Isnin);
  • Pemohon yang tidak memenuhi syarat dan borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak;
Bagi pelajar yang berjaya terpilih, diwajibkan mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) selama 4 bulan anjuran YP sebagai persediaan sebelum ke Mesir dan Jordan. Bagi pelajar perubatan diwajibkan mengikuti program persediaan di INTEC, UiTM Shah Alam.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur


Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888 | Laman Web : www.yp.org.my | E-mail : ypahang@yp.org.my
(Pn. Safwati Ahmad / Pn. Zakiah Saleh / En. Ahmad Termizi)


Skim Biasiswa Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2013

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di bawah skim ini, pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi / Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Pemohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2013/2014 (UPU Online).

Tarikh tutup: 15 April 2013
Tawaran Skim Biasiswa Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang
Syarat Kelayakan:
  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  • Mempunyai kelulusan akademik dan kegiatan ko-kurikulum yang cemerlang.
  • Lulus di peringkat SPM tahun 2012 seperti berikut:
    • Mendapat 8A dan ke atas.
    • Mendapat 7A dan ke atas bagi pelajar yang menghafaz Al-Quran 15 juzu dan ke atas.
Cara Memohon:
  • Muat turun borang permohonan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) 2013;
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan semua dokumen yang diperlukan hendaklah dikembalikan ke Yayasan Pahang ke alamat di bawah sebelum atau pada 15 April 2013 (Isnin);
  • Pemohon yang tidak memenuhi syarat dan borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak;
  • Keputusan pemilihan calon-calon anugerah SPC YP adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888 | Laman Web : www.yp.org.my | E-mail : ypahang@yp.org.my
(Safwati Ahmad / Zakiah Saleh / Rohana Khamdan)


DISCLAIMER: All data and information provided on this blog are for informational purposes only. While every reasonable effort is made to provide the readers with most accurate information, please use your discretion before taking any decision based on the information in this blog as we make no guarantees of any kind. In no event shall the ScholarshipMalaysia.blogspot.com or/and its author be responsible or liable, directly or indirectly, for any damage or loss caused or alleged to be caused by or in connection with the use of or reliance on any such content, goods, or services available on or through any such site or resource. All information are provided on an as-is basis.

Top