ads

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Tawaran Biasiswa Sukan KPM 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka tawaran Permohonan Biasiswa Sukan (BS) 2013 kepada atlet murid yang layak bagi tahun 2013.

Borang Permohonan BIASISWA SUKAN KPM 2013
Panduan Kod Borang


Syarat Kelayakan:
Syarat kelayakan seorang atlet murid untuk pertimbangan mendapat Hadiah Biasiswa Sukan Kementerian Pelajaran 2013 adalah seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah kerajaan, sekolah menengah bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK) yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan;
  • Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan berkaitan dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri di peringkat MSSM;
  • Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang terlibat dalam program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah(SPTS), Sukan Prestasi Tinggi Negara dan sukan-sukan lain yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
  • Tidak menerima sebarang BIASISWA daripada Agensi Kerajaan atau Bukan Kerajaan yang lain.
Tawaran Hadiah Biasiswa Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia 2013
Tarikh tutup: 31 Mac 2013


Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum 31 Mac 2013 untuk tindakan selanjutnya.

Maklumat lanjut mengenai jumlah biasiswa dan bidang sukan yang ditawarkan boleh dirujuk kepada Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia
DISCLAIMER: All data and information provided on this blog are for informational purposes only. While every reasonable effort is made to provide the readers with most accurate information, please use your discretion before taking any decision based on the information in this blog as we make no guarantees of any kind. In no event shall the ScholarshipMalaysia.blogspot.com or/and its author be responsible or liable, directly or indirectly, for any damage or loss caused or alleged to be caused by or in connection with the use of or reliance on any such content, goods, or services available on or through any such site or resource. All information are provided on an as-is basis.

Top