Biasiswa

Biasiswa

Breaking News

Dalam Negara

Dalam Negara
Memaparkan catatan dengan label Pertanian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pertanian. Papar semua catatan

09 Julai 2013

Biasiswa Pertanian SEAMEO SEARCO Filipina (Sarjana dan Kedoktoran)

Biasiswa Pertanian SEAMEO SEARCA Filipina 2014-2015 ditawarkan untuk pelajar peringkat Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PhD) yang melanjutkan pengajian dalam bidang pertanian dan bidang berkaitan yang menumpukan daya saing pertanian dan pengurusan sumber semulajadi untuk tahun persekolahan 2014-2015.

Biasiswa SEAMEO SEARCA menyokong pengajian lanjutan yang mengarah dan bertujuan untuk menyediakan profesional berkelayakan yang bekerja di sektor pertanian dan pembangunan luar bandar untuk jawatan kepimpinan di negara-negara anggota SEAMEO.

Antara bidang pengajian yang terpilih untuk tajaan biasiswa ini adalah seperti Kejuruteraan Pertanian, Agronomi, Sains Haiwan, Botani, Perikanan, Perhutanan, Genetik, Patologi Tumbuhan dan Hortikultur. Untuk senarai bidang yang lengkap, sila klik SINI.

Tarikh tutup: 10 Julai 2013
Tawaran Biasiswa SEAMEO SEARCA Pertanian Sarjana Kedoktoran

Terdapat lima (5) institusi pilihan untuk program biasiswa ini iaitu University of the Philippines Los Banos (Filipina), Universiti Putra Malaysia (Malaysia), Kasetsart University (Thailand), serta Institut Pertanian Bogor dan Universitas Gadjah Mada (Indonesia). Walau bagaimanapun, SEARCA berhak menentukan pilihan kajian pasca sarjana yang muktamad. Oleh itu, pemohon dikehendaki untuk memilih tiga daripada lima institusi yang tersenarai.

Syarat Umum:
  • Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus lepasan ijazah hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi;
  • Tawaran ini hanya terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 ke atas yang sedang berkhidmat dengan Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syarat Khusus:
  • Warganegara Malaysia;
  • Telah berkhidmat tidak kurang daripada (3) tahun dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan di Gred DG41 pada atau sebelum tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya;
  • Memiliki Ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pemilihan peringkat pengajian Kedoktoran.
  • Mendapat markah kelulusan 550 bagi TOEFL atau 6.0 bagi IELTS;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Mencapai Laporan Nilaian prestasi Tahunan (purata minimum 85 peratus) bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2010, 2011 dan 2012). Sekiranya pegawai pernah diluluskan cuti belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh cuti belajar;
  • Bebas dari tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan;
  • Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar, Peminjam/peminjam yang disenarai hitamkan oleh JPA atau badan-badan peminjam Kerajaan yang lain;
  • Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
Syarat Tambahan:
  • Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian / kursus yang ditawarkan sahaja seperti dalam senarai kursus. Sebarang pertukaran bidang pengajian/kursus yang telah ditetapkan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Kementerian;
  • Calon-calon juga perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penaja. Kementerian hanya memberikan kelulusan Cuti Belajar kepada calon-calon yang layak dan segala penajaan adalah di pihak penaja.
Cara Memohon: Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:

PUAN SUHANA BINTI IBRAHIM
Tel : 03 – 8321 7159
Faks : 03 – 8321 7103
E-mel : suhana.ibrahim@moe.gov.my

ENCIK ASMADARUS BIN MOHAMED
Tel : 03 – 8321 7143
Faks : 03 – 8321 7103
E-mel : asmadarus.mohamed@moe.gov.my

PUAN NORAZLIFAH BINTI MOHD SIRAT
Tel : 03 – 8321 7151
Faks : 03 – 8321 7103
E-mel : azlifah.mohd@moe.gov.my


Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Read more ...
Designed By Blogger Templates