ads

Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Biasiswa Peneraju Tunas Potensi 2013

Biasiswa Peneraju Tunas Potensi 2013 ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi yang memberangsangkan serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di dalam atau di luar negara dalam semua bidang. Biasiswa penuh ditawarkan termasuk yuran penuh akademik, elaun sara hidup, dan sokongan pembangunan insaniah.

Program ini merupakan satu program biasiswa untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti.


Tarikh tutup: 12 April 2013
Tawaran Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) 2013 Dalam dan Luar Negara
Syarat Kelayakan:
Pelajar layak memohon biasiswa ini sekiranya memenuhi kelayakan berikut:
  • Bumiputera (lepasan SPM/STPM 2012);
  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya mendapat 5A (A+ / A / A-) dalam mana-mana mata pelajaran; atau Lulus STPM dan memperolehi sekurang-kurangnya 2A;
  • Pendapatan isi rumah ibu/bapa atau penjaga pemohon tidak melebihi RM3,000 sebulan;
  • Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi;
  • Tidak menerima mana-mana tajaan pendidikan.
Cara Memohon:
  • Semua permohonan hendaklah dibuat secara online di laman sesawang Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera;
  • Setelah selesai mendaftar, emel akan dihantarkan kepada alamat e-mel yang anda daftarkan;
  • Klik pautan yang terdapat di dalam kandungan emel untuk terus ke borang permohonan dalam talian (online).
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan, sila emelkan ke potensi@penerajuedu.com.

Jika anda menghadapi masalah untuk log masuk dan kata laluan, sila emel ke password@penerajuedu.com.

Pastikan anda sertakan:
(a) Nama penuh
(b) Nombor MyKad
(c) Nombor telefon yang boleh dihubungi
(d) Alamat emel alternatif



Biasiswa Tunas Iltizam 2013 Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Biasiswa Tunas Iltizam 2013 diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang cenderung ke arah akademik tetapi mempunyai potensi untuk dibangunkan dari segi kemahiran dan vokasional. Ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan penglibatan pelajar-pelajar ini dalam gejala sosial.

Program ini merupakan satu program berstruktur yang mempunyai elemen-elemen latihan teknikal, peluang latihan industri di syarikat-syarikat ternama di dalam dan luar negara dan sokongan bimbingan bagi membolehkan pelajar memperoleh kerjaya yang lebih baik dan seterusnya menyumbang kepada keluarga dan masyarakat.


Tarikh tutup: Tidak dinyatakan.
Biasiswa Tunas Iltizam 2013 Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
Bidang yang dikendalikan di bawah program Peneraju Tunas Iltizam ini adalah seperti berikut:
  • Minyak & Gas, Tenaga dan Marin
    • Pakar ‘Painting’ dan ‘Blasting’ (Painting and Blasting Specialist)
    • Pakar Pemasangan Perancah (Scaffolder Erector)
  • Kecantikan & Spa
    • Pakar Kecantikan (Cosmetologist)
  • Telekomunikasi
    • Pakar Infrastruktur Telco (Telco Infra Specialist)
Syarat Kelayakan:
Pelajar layak memohon biasiswa ini sekiranya memenuhi kelayakan berikut:
  • Bumiputera Warganegara Malaysia yang berusia 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun semasa memohon;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan;
  • Mempunyai minat, boleh membaca dan menulis;
  • Mendapat sokongan samada dari Jawatan Kuasa Kesejahteraan Kampung (JKKK) atau Jawatan Kuasa Masjid (JKM) atau badan-badan yang diiktiraf;
  • Berkeyakinan dan mempunyai peribadi yang baik.
Cara Memohon:
Untuk memohon, sila muat turun borang permohonan Biasiswa Tunas Iltizam di sini dan hantarkan melalui pos ke alamat berikut:

Peneraju Tunas Iltizam
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
26-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur


Untuk pertanyaan lanjut, sila emelkan ke iltizam@penerajuedu.com


DISCLAIMER: All data and information provided on this blog are for informational purposes only. While every reasonable effort is made to provide the readers with most accurate information, please use your discretion before taking any decision based on the information in this blog as we make no guarantees of any kind. In no event shall the ScholarshipMalaysia.blogspot.com or/and its author be responsible or liable, directly or indirectly, for any damage or loss caused or alleged to be caused by or in connection with the use of or reliance on any such content, goods, or services available on or through any such site or resource. All information are provided on an as-is basis.

Top