Tawaran Biasiswa Kerajaan Jepun Untuk Latihan Perguruan (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) 2019 - Tawaran Biasiswa Malaysia 2019/2020

Breaking

Post Top Ad

Selasa, 8 Januari 2019

Tawaran Biasiswa Kerajaan Jepun Untuk Latihan Perguruan (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) 2019

Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun Untuk Latihan Perguruan (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) ditawarkan oleh kerajaan Jepun khusus kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG) di Malaysia untuk mengikuti pelbagai kursus jangka panjang di Jepun yang akan diadakan mulai bulan Oktober 2019 sehingga Mac 2021.

Biasiswa ini akan dibuka mulai 7 Januari 2019 dan tarikh tutup permohonan online serta pencalonan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan adalah pada 1 Februari 2019.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Latihan Perguruan MONBUKAGAKUSHO (MEXT):

Pegawai-pegawai yang hendak dicalonkan mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:
  • Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun (dikira dari 1 Oktober 2019);
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2019 (lahir selepas atau pada 2 April 1984);
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  • Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2015, 2016 dan 2017 atau 2016, 2017 dan 2018);
  • Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari 1 April 2019);
  • Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
  • Tidak berkhidmat dalam perkhidmatan tentera;
  • Pegawai yang memiliki kemahiran bertutur dalam Bahasa Jepun digalakkan memohon.

Cara Memohon Biasiswa Latihan Perguruan MONBUKAGAKUSHO (MEXT):

  • Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara atas talian di Portal eSILA JPA yang dibuka mulai 7 Januari 2019 sehingga 1 Februari 2019;
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:
    • Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Lampiran B);
    • Borang Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran C);
    • Application Form (beserta gambar / gambar digital berukuran 4.5cm x 3.5cm);
    • Placement Preference Application Form;
    • MEXT Medical Certificate;
    • Salinan skrol dan transkrip Ijazah Pertama dan Sarjana (sekiranya ada) yang telah disahkan;
    • Surat pengesahan perkhidmatan dan sokongan oleh majikan semasa; dan
    • Sijil pengesahan kompetensi Bahasa Jepun (sekiranya ada).
  • Dokumen (iii) hingga (viii) di atas hendaklah dikemukakan dalam bentuk satu (1) dokumen asal dan dua (2) dokumen salinan. Sila rujuk senarai semak, panduan permohonan dan panduan kursus yang disediakan dalam sistem Portal eSILA JPA bagi memastikan permohonan yang dihantar mematuhi syarat dan keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak penaja;
  • Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan;
  • Pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

  • KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Aras 3, Blok C2, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 PUTRAJAYA
    (u/p : Unit pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, pemohon disarankan untuk menghubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan:
Tel: 03-88853546
Emel: ldp@jpa.gov.my

Tawaran Biasiswa Kerajaan Jepun Untuk Latihan Perguruan MONBUKAGAKUSHO (MEXT) 2019
Tarikh tutup: 1 Februari 2019
Sumber: Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA)