Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA Sesi 1/2013 Untuk Peringkat Ijazah Pertama - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA Sesi 1/2013 Untuk Peringkat Ijazah Pertama

Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/2013 Untuk Peringkat Ijazah Pertama

Kerajaan pada prinsipnya mengalakkan pelajar-pelajar mengikuti pengajian di dalam negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Sungguhpun demikian, kerajaan menerima banyak permohonan daripada pelajar-pelajar persendirian yang sedang mengikuti pengajian di luar negara untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sehubungan itu, kerajaan meluluskan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara Untuk Peringkat Ijazah Pertama bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar persendirian di luar negara tertakluk kepada syarat dan kriteria yang tertentu.

Permohonan kemudahan pinjaman ini dibuka dua sesi setahun seperti berikut:
Sesi Pertama - Permohonan dibuka pada 6 Februari dan ditutup pada 28 Februari.
Sesi Kedua - Permohonan kini dibuka bermula 16 Julai sehingga 18 Ogos 2013.
Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/2013 Untuk Peringkat Ijazah Pertama. Tarikh tutup: 28 Februari 2013.
Tarikh tutup: 28 Februari 2013

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat;
  • Belum mempunyai Ijazah Pertama;
  • Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar bukan merupakan peminjam/penjamin tegar kepada mana-mana skim pinjaman/biasiswa kerajaan;
  • Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenaraihitamkan dalam mana-mana skim pinjaman kerajaan;
  • Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa kerajaan;
  • Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa. Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
  • Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja.
Untuk syarat-syarat khusus dan kriteria permohonan, sila muat turun Garis Panduan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara Sesi 1/2013Untuk Peringkat Ijazah Pertama.

Panduan Memohon:
Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang 'Daftar' di Halaman Utama ePermohonan. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

Cara Memohon:
  • Permohonan hendaklah dibuat secara online di ePermohonan – Sistem Permohonan Program Tajaan JPA disusuli dengan penghantaran dokumen-dokumen sokongan;
  • Penghantaran dokumen-dokumen sokongan (hardcopy) hendaklah sampai ke JPA sebelum tarikh 13 Mac 2013;
  • Dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan ialah seperti berikut:
    • a) Slip pengesahan penerimaan permohonan online;
    • b) Salinan Kad Pengenalan (Pelajar, ibubapa/ penjaga dan adik-beradik);
    • c) Salinan Surat Beranak (Pelajar dan ibubapa/ penjaga);
    • d) Salinan Pasport (Pelajar);
    • e) Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/ institusi (Unconditional Offer) dan disertakan maklumat kos yuran pengajian setahun dan sepanjang pengajian;
    • f) Salinan keputusan peperiksaan peringkat Ijazah Pertama untuk tahun-tahun sebelumnya;
    • g) Salinan Sijil STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma /A-Level /IB /TER/Lain-lain yang setaraf;
    • h) Salinan Sijil SPM;
    • i) Salinan "No Objection Certificate (NOC)" daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk kursus perubatan dan pergigian sahaja;
    • j) Maklumat pendapatan ibu bapa/ penjaga seperti berikut:
    • Kerajaan: Slip gaji dan Borang EC (penyata pendapatan tahunan) terkini atau Kad Pesara berserta Penyata Pembayaran Pencen terkini.
      Swasta: Slip gaji dan Borang EA (penyata pendapatan tahunan) terkini atau Surat Pengesahan Persaraan.
      Bekerja Sendiri: Borang Pengesahan Pendapatan (boleh dimuat turun di esilav2.jpa.gov.my) dan Borang B (LHDN).
    • k) Salinan bukti bagaimana pemohon dapat menampung kos sara hidup dan lain-lain kos semasa mengikuti pengajian di luar negara. Contoh: salinan buku penyata bank, ASB dan lain-lain.
  • Semua dokumen sokongan mestilah disusun mengikut turutan di atas, dikepilkan (comb-binding) dan disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan dihantar ke alamat seperti berikut:

  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Aras 5, Blok C1, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 Putrajaya
    (u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Keputusan Permohonan:
Keputusan permohonan sesi 1/2013 akan dimaklumkan secara online di Portal eSILA pada 26 April 2013.

Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar di Negara boleh dibuat melalui alamat di atas atau dengan menghubungi:

Tel :03-8885 3892/ 3562/ 3564/ 3489
Faks :03-8889 2640
E-mail : penawaranlsp@jpa.gov.my

MAKLUMAN: Semakan keputusan bagi Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 1/2013 boleh dibuat mulai 6 Mei 2013 (Isnin) mulai jam 5.30 petang sehingga 5 Jun 2013 (Rabu).


Sumber: Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)