Tawaran Biasiswa Felda Global 2013 Luar Negara - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tawaran Biasiswa Felda Global 2013 Luar Negara

Felda Global Ventures Holdings Bhd menawarkan biasiswa kepada anak-anak muda Malaysia yang berazam untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Sekiranya anda berminat untuk menyambung pangajian sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi ternama di luar negara, anda dipelawa untuk memohon Anugerah Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad 2013.

Berikut merupakan bidang pengajian yang ditaja di bawah Anugerah Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Bhd 2013:
  • Kejuruteraan
  • Bioteknologi
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Teknologi Maklumat
  • Pemasaran Antarabangsa
Tarikh tutup: 7 April 2013
Tawaran Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad untuk pengajian Luar Negara
KEJURUTERAAN DAN BIOTEKNOLOGI
Syarat Kelayakan Akademik:
  • Keputusan SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik/Kimia/Biologi dan mana-mana matapelajaran berkaitan dengannya.
  • Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31 Disember 2013.
  • Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
PERAKAUNAN, KEWANGAN, TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PEMASARAN ANTARABANGSA
Syarat Kelayakan Akademik:
  • Keputusan SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden/Perakaunan/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Kimia/Biologi dan Sejarah/Geografi.
  • Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31 Disember 2013.
  • Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Terma dan Syarat:
  • Jawatankuasa Pemilihan Felda Global Ventures Holdings Berhad berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad.
  • Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda/menukar kriteria kelayakan bilamana perlu.
  • Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Cara Memohon:
  • Permohonan perlu dibuat secara online melalui laman web http://www.feldaglobal.com/
  • Permohonan secara online ini dibuka sehingga 7 April 2013.
  • Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing.
  • Permohonan perlu dibuat secara online sepenuhnya dengan klik menu PERMOHONAN BIASISWA di bahagian kiri, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  • Borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar perlu dicetak dan ditandatangani serta dibawa bersama semasa menghadiri sesi temuduga.
  • Pemohon yang dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan iaitu kad pengenalan, slip SPM 2012, sijil-sijil akademik, sijil-sijil ko-kurikulum, sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa, borang EA atau slip gaji ibu dan bapa serta sekeping gambar berukuran pasport.
  • Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.


Sumber: Sistem Permohonan Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad 2013

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)