Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019 - Tawaran Biasiswa Malaysia 2019/2020

Breaking

Post Top Ad

Rabu, 16 Januari 2019

Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019 ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dan sedang belajar di IPT tempatan adalah dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.

Senarai Program Tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019

Diploma
Aktuari / Sains Pertanian / Juru Ukur / Sains Tulen / Kejuruteraan / Seni Bina / Kesihatan dan Perusahaan Ternak / Teknologi Maklumat / Pengurusan Hartanah / Ukur Bahan / Perakaunan

Ijazah Sarjana Muda
Aktuari Sains / Pergigian / Akuakultur / Perhutanan / Ekonomi / Perikanan / Farmasi / Pertanian / Kejuruteraan / Perubatan / Kesihatan dan Perusahaan Ternak / Perubatan Veterinar / Keusahawanan / Psikologi / Komunikasi / Sains Alam Sekitar / Juru Ukur / Sains Biologi Marin / Pelancongan dan Hospitaliti / Sains Bioteknologi / Pendidikan / Sains dan Teknologi Makanan / Pengajian Islam / Sains Data / Pengangkutan dan Logistik / Sains Komputer / Pengurusan Ladang / Seni Bina / Pengurusan Hartanah / Teknologi Maklumat / Pentadbiran Perniagaan / Ukur Bahan / Perakaunan / Undang-Undang

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah:

  • Bagi peringkat Diploma, umur pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun, manakala usia pemohon untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda tidak melebihi 25 tahun;
  • Mempunyai kredit dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.5 keputusan semasa.

Cara Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah:

  • Semua Permohonan BKNS hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Sistem Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah di www.biasiswa.sabah.gov.my;
  • Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing yang aktif;
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan;
  • Keputusan permohonan disemak melalui online;
  • Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja;
  • Tarikh tutup permohonan ialah 20 Januari 2019. Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2013 untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi tempatan.
Tarikh tutup: 20 Januari 2019
Sumber: Portal BKNS

7 ulasan:

  1. salam.. saya nak tanya, kalau mohon lg biasiswa yayasan sabah boleh tak?? :(( saya baru dapat tawaran u tu.. boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. x dpt tu... biasiswa tu perlu isi awl sebelum due date.... sbb twran msk u tu bole hntr nnti pas ko dpt surat twrn... don't worry.. next year ble mohon lg... make sure isi awl la pas tu hntar salinan ic,surat beranak, result spm.stpm(lain2 sijil e.g:diploma,matrik) surat twarn U....

      Padam
  2. Bila tarikh keputusan tawaran ni? Until now still dalam proses.

    BalasPadam
  3. Biasiswa kerajaan negeri sabah ni sama ka tu dgn biasiswa yayasan sabah?

    BalasPadam
  4. emmm...nak minta pendapat...sya suda dpt bkns...tp sya dpt twaran JPA....mana yang lbh bek?

    BalasPadam
  5. Isi online saja ka kalau memohon ?

    BalasPadam
  6. Saya nak tanya.. bila kita kena hantar salinan ic, surat beranak, dn keputusan tu ? Adakah lepas permohonan kita telah diluluskan di laman web ?

    BalasPadam