Permohonan Anugerah Biasiswa Yayasan KEN 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Permohonan Anugerah Biasiswa Yayasan KEN 2013

Anugerah Biasiswa Yayasan KEN merupakan satu daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat KEN Holdings Berhad melalui pembiayaan bantuan pendidikan untuk pelajar warganegara Malaysia yang layak. Dengan nilai biasiswa RM8,000 setahun, dasar pemilihan bukanlah berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata, namun lebih mengutamakan pelajar Malaysia yang memerlukan dan mampu untuk meneruskan pengajian.

Tawaran biasiswa Yayasan KEN ini ditawarkan untuk bidang-bidang pengajian berikut:
  • Kejuruteraan Sivil;
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
  • Pengurusan Harta Tanah;
  • Ukur Bahan;
  • Senibina;
  • Pentadbiran Perniagaan;
  • Perakaunan;
  • Kewangan.

Tarikh tutup: 30 Jun 2013
Tawaran Biasiswa Yayasan KEN 2013 untuk Pengajian Sepenuh Masa di Peringkat Ijazah Sarjana Muda | Scholarships

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Seorang pelajar sepenuh masa yang berusia di antara 18-23 tahun;
  • Terbuka untuk pelajar ijazah pertama sahaja;
  • Latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah (Gabungan kadar pendapatan tidak melebihi RM30,000 setahun);
  • Pencapaian akademik yang agak baik dan telah berjaya ditawarkan melanjutkan pengajian (dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas) di mana-mana IPTA;
  • Tidak terikat atau sedang menerima bantuan kewangan daripada sebarang institusi pendidikan, organisasi atau yayasan.
Cara Memohon:
  • Muat turun Borang Permohonan Anugerah Biasiswa Yayasan KEN;
  • Selain borang permohonan, pemohon juga perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut:
    • Foto bersaiz pasport terbaru;
    • Borang permohonan;
    • Salinan Kad Pengenalan dan CV pemohon;
    • Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti;
    • Salinan keputusan akademik, sijil-sijil dan transkrip;
    • Salinan sijil-sijil anugerah akademik / pencapaian dan penglibatan dalam pelbagai bidang ko-kurikulum;
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan semua dokumen berkenaan hendaklah dipos atau diemel kepada alamat di bawah:

  • KEN FOUNDATION,
    No 6, Jalan Datuk Sulaiman,
    Taman Tun Dr Ismail,
    60000 Kuala Lumpur
    P.O. Box 10197, 50911 Kuala Lumpur
    Tel : 03-7727 9933 | Fax : 03-7728 8246
    Email : khb@kenholdings.com.my

  • Semua permohoan hendaklah sampai selewat-lewatnya pada 30 Jun 2013;
  • Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dimaklum dan dijemput untuk menghadiri temuduga dan/atau ujian;
  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup di atas, tidak menepati syarat / prosedur atau tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan;
  • Penerima biasiswa adalah terikat untuk berkhidmat dengan pihak syarikat untuk suatu tempoh yang ditetapkan.


Sumber: KEN Holdings Berhad

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)