Biasiswa Khazanah-Cambridge (Ijazah Lanjutan) 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Khazanah-Cambridge (Ijazah Lanjutan) 2013

Tawaran Biasiswa Khazanah-Cambridge 2013 ditawarkan kepada mereka yang bercadang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan di Universiti Cambridge.

Ia merupakan satu program pembangunan kepimpinan yang bertujuan untuk membina bakat kepimpinan Malaysia pada masa hadapan. Penerima biasiswa ini dijangka bukan sahaja dapat menunjukkan kecemerlangan akademik, tetapi juga membangunkan kemahiran kepimpinan mereka melalui latihan dan penyertaan dalam beberapa aktiviti.

Biasiswa Yayasan Khazanah ini meliputi tempoh penuh kursus pengajian, dan menyediakan yuran pengajian, perbelanjaan sara hidup bulanan, tambang tiket kapal terbang pergi balik dan peruntukan lain seperti elaun buku dan elaun akhir pengajian.

Tarikh tutup: 21 Julai 2013
Biasiswa Khazah-Cambridge untuk peringkat Master dan Ph.D di Universiti Cambridge | Scholarship

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia di bawah 40 tahun;
  • Mempunyai ijazah Kelas Pertama atau Kelas Kedua (Atas) dengan Kepujian, atau sekurang-kurangnya PNGK 3.5 atau setaraf;
  • Bagi pemohon Ijazah Kedoktoran dengan Ijazah Sarjana, mereka perlu menunjukkan laporan tesis yang baik. Jika kelayakan rasmi belum diperakukan, pemohon harus menunjukkan bukti prestasi cemerlang sepanjang pengajian mereka;
  • Mendapat kemasukan atau sedang mengikuti satu daripada pengajian sepenuh masa berikut di universiti (Sila lampirkan surat pegesahan daripada universiti pada bahagian ‘Attachments’):
    • Kajian yang membawa kepada Ijazah Kedoktoran;
    • Kursus-kursus pascasiswazah setahun (seperti MPhil, LLM, MBA dan seumpamanya).

Cara Memohon:
Jika terdapat masalah semasa menghantar permohonan secara online, sila hubungi 03-2034 4768, 03-2034 0427 atau 03-2034 4783.

Yayasan Khazanah
Level 33, Tower 2, Petronas Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Malaysia



Sumber: Yayasan KHAZANAH

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)