Biasiswa LOTTE 2015 (Ijazah Pertama) untuk Bidang Kejuruteraan - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa LOTTE 2015 (Ijazah Pertama) untuk Bidang Kejuruteraan

Biasiswa LOTTE adalah biasiswa universiti yang ditawarkan oleh LOTTE Chemical Titan kepada para pelajar Ijazah Pertama dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan industri petrokimia di Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Oleh itu, Yayasan Biasiswa LOTTE mempelawa calon berpotensi yang telah ditawarkan menjalani pengajian di UM, UTM dan USM untuk memohon Biasiswa LOTTE.

Selain bakal menerima pembiayaan berjumlah USD 3,800 untuk setiap tahun akademik dan menjalani latihan amali, penerima biasiswa berpeluang untuk berkhidmat dengan penaja setelah tamat pengajian berdasarkan bilangan tahun menerima biasiswa, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Tarikh tutup: 7 September 2015
Biasiswa Lotte Chemical Titan

88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Bidang Pilihan Biasiswa LOTTE:

  • Kejuruteraan Kimia;
  • Kejuruteraan Elektrik;
  • Kejuruteraan Mekanikal;
  • Sains Gunaan (Kimia).

Syarat Kelayakan Biasiswa LOTTE:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Pemohon mempunyai kelayakan akademik yang baik dan aktif dalam aktiviti kokurikulum;
  • Tidak menerima tajaan pendidikan daripada mana-mana penaja;
  • Pemohon merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa. Pelajar di peringkat Diploma, Asasi, Pengajian Luar Kampus (PLK) dan seumpamanya tidak layak untuk memohon;
  • Pemohon mengikuti pengajian semester pertama dalam tahun akademik pertama (Kemasukan baru September 2015);
  • Diploma dan Matrikulasi – PNGK minimum 3.30 dan sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET); atau
  • STPM – Lulus STPM sekurang-kurangnya 2 Principal A dan 1 B dalam subjek Matematik, Kimia dan Fizik, serta minimum Band 4 dalam MUET;
  • Bagi pemohon Semester 1 Tahun Ketiga perlu mengekalkan PNGK sekurang-kurangnya 3.00 setiap semester.

Cara Memohon Biasiswa LOTTE:
  • » Muat-turun Borang Permohonan Biasiswa LOTTE 2015;
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

  • Human Resources Manager,
    LOTTE Chemical Titan,
    PLO 312, Jalan Tembaga 4,
    Pasir Gudang Industrial Estate,
    81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


    Website: http://www.lottechem.my | Tel: +607-2538888

    UM : En. Chin Yee Yong (yychin@lottechem.my)
    UTM : Pn. Soon Yardley (yardleys@lottechem.my)
    USM : En. Lam Tin Teck (ttlam@lottechem.my)

  • Sila nyatakan "LOTTE Scholarship Programme" pada sudut atas sebelah kiri sampul surat;
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lambat akan ditolak.
Jika pemohon tidak menerima sebarang maklum balas sehingga 30 September 2015, permohonan anda dianggap tidak berjaya.


Sumber: Lotte Chemical Titan

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)