Tawaran Biasiswa Yaw Teck Seng Foundation (Samling) 2015 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tawaran Biasiswa Yaw Teck Seng Foundation (Samling) 2015

Biasiswa Yaw Teck Seng Foundation (Samling) ditawarkan setiap tahun kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang dan potensi kepimpinan demi memperkasa bakat dan kemahiran guna tenaga Malaysia.

Menerusi tawaran biasiswa ini, pihak syarikat berharap dapat membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi akademik mereka.

Biasiswa Yaw Teck Seng Foundation (Samling) terbuka kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan yang sedang meneruskan pengajian dalam bidang berikut:
  • Sains: Pertanian, Perhutanan;
  • Kejuruteraan: Elektrikal, Mekanikal;
  • Seni: Rekabentuk Produk.

Tarikh tutup: 31 Ogos 2015
Biasiswa Yaw Teck Seng Foundation (Samling)

88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Yaw Teck Seng Foundation:


  • Warganegara Malaysia;
  • Rakyat negeri Sarawak digalakkan memohon;
  • Mendapat sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan SPM atau 3A dalam STPM;
  • Menunggu kemasukan atau sedang meneruskan pengajian di universiti tempatan;
  • Memiliki personaliti menarik, kemahiran komunikasi yang baik dan memegang jawatan kepimpinan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum;
  • Pendapatan keluarga di bawah RM30,000 setahun;
  • Tidak menerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain;
  • Sanggup berkhidmat dengan pihak Samling Group untuk satu tempoh masa tertentu selepas tamat pengajian.

Cara Memohon Biasiswa Samling:

Kebiasaannya, permohonan biasiswa Samling memerlukan dokumen-dokumen berikut (sama ada soft copy atau hard copy) dipos atau melalui emel:
  • Cover letter;
  • Butiran terperinci mengenai maklumat pendidikan dan latar belakang kewangan keluarga;
  • Transkrip keputusan akademik dan sijil-sijil yang berkaitan;
  • Gambar bersaiz pasport.
Calon yang berminat untuk memohon Biasiswa Yaw Teck Seng Foundation (Samling) boleh menghantar emel FORMAL (Yahoo dan GMail sahaja) kepada Lisa Tan (tanct@samling.com.my) untuk pertanyaan lanjut.

Sumber: Samling Group of Companies

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)