Tawaran Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto 2021 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tawaran Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto 2021

Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto (Masters) ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Lepasan Ijazah di luar negara dalam salah satu bidang sains di Universiti Tokyo, Universiti Kyoto, Universiti Nagoya, Universiti Ochanomizu, Universiti Waseda, Universiti Nutrisi Kagawa atau Institut Teknologi Tokyo.

Ia bertujuan untuk memupuk individu yang mampu memimpin Asia dalam pada abad ke-21 dan untuk menyumbang kepada pembangunan Asia dan dunia serta persefahaman antara Malaysia dan Jepun. Tajaan biasiswa disediakan untuk tempoh maksimum 3 tahun, iaitu 1 tahun sebagai Pelajar Penyelidikan dan maksimum 2 tahun mengikuti program Sarjana.

Senarai Program Tajaan Biasiswa Ajinomoto ASEAN+ONE Pelajar Antarabangsa:

  • Program Pelajar Penyelidikan + Program Pelajar Sarjana (Program 3 tahun) - Universiti Waseda terkecuali;
  • Program Pelajar Sarjana (Program 2 tahun).

Jumlah Tajaan Biasiswa Ajinomoto:

  • Elaun bulanan sebanyak ¥150,000 (bagi pelajar yang membuat kajian di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 1 tahun;
  • Elaun bulanan sebanyak ¥180,000 (bagi pelajar peringkat Sarjana di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 2 tahun;
  • Pembayaran penuh meliputi yuran peperiksaan, kemasukan dan tuisyen;
  • Tiket penerbangan sehala ke Jepun.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus atau akan lulus ijazah daripada Kolej / Universiti dengan keputusan akademik yang cemerlang;
  • Mendapat sokongan daripada presiden universiti atau penasihat akademik atau selainnya berkelayakan untuk mendaftar di Universiti pilihan;
  • Usia tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2021;
  • Penguasaan bahasa Jepun yang mencukupi untuk melakukan penyelidikan dan kajian dalam kursus sarjana (Program Pelajar Sarjana - program 2 tahun);
  • Memohon dari Malaysia dan dapat menghadiri prosedur pemilihan apabila diperlukan;
  • Sihat fizikal dan mental serta bermotivasi tinggi untuk belajar;
  • Tidak menerima sebarang biasiswa daripada penaja lain.

Cara Memohon Biasiswa Pelajar Antarabangsa Ajinomoto:

  • Muat turun semua borang yang diperlukan dan appendiks berikut:
  • Sertakan borang permohonan, borang bidang kajian dan borang program pembelajaran yang telah lengkap diisi bersama dokumen berikut ke dalam sampul surat:
    • Transkrip rekod pengajian asal yang dikeluarkan oleh Universiti atau sekolah pemohon. (Salinan transkrip tidak akan dilayan. Transkrip hendaklah dalam bahasa Inggeris atau Jepun);
    • Borang Cadangan yang lengkap. (Sama ada daripada Presiden universiti, Dekan atau Penasihat Akademik);
    • Lain-lain dokumen yang diperlukan untuk menyokong permohonan pemohon berdasarkan kursus pilihan. Sila lihat Appendiks 2 untuk meklumat lanjut.
  • Semua dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.
  • Hantarkan semua dokumen melalui pos kepada:

  • AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
    Lot 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling
    58200 Kuala Lumpur
    Malaysia

    Attn: Ms Ann Foo

Calon-calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui emel.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila emel ke amb_scholarship@ajikl.com.my atau hubungi 03-79806958 (Samb. 288) - Ms. Ann Foo.

Tawaran Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto (Masters) ASEAN+ONE 2021
Tarikh tutup: 5 Mac 2020
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Ajinomoto (Malaysia) Berhad

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)