Dermasiswa Pengajian Islam Luar Negara MAIAMP 2019 - Tawaran Biasiswa Malaysia 2019/2020

Breaking

Post Top Ad

Isnin, 7 Januari 2019

Dermasiswa Pengajian Islam Luar Negara MAIAMP 2019

Dermasiswa Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIAMP) ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti kursus Pengajian Islam di luar negara seperti Mesir, Jordan, Morocco, Indonesia dan Lain-lain Negara (Pelajar yang pernah menerima bantuan MAIPk).

Permohonan juga dibuka kepada pelajar yang pernah menerima bantuan MAIPk, namun terhad kepada mereka yang belum mencapai jumlah Had Maksima Bantuan yang telah ditetapkan. Memandangkan peruntukan yang disediakan sebanyak RM 8,000,000.00 khusus untuk menampung pelajar luar negara masih tidak mencukupi untuk menampung semua permohonan, keutamaan akan diberikan kepada yang fakir dan miskin.

Syarat Kelayakan Umum Dermasiswa MAIAMP:

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap;
  • Lahir dan menetap di negeri Perak atau telah bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak;
  • Mendapat tawaran belajar dari Institusi Pengajian Tinggi luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kursus pengajian yang diambil mestilah mendapat pengiktirafan dari JPA;
  • Pemohon belum mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana pihak;
  • Semua permohonan ke luar negara hendaklah berdaftar dan mendapat tawaran belajar ke luar negara daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM);
  • Tempoh pengajian hendaklah tidak kurang daripada setahun serta dilaksanakan secara sepenuh masa;
  • Keutamaan kepada ibubapa/penjaga pemohon yang tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf / Ibnu Sabil / Fisabilillah (tertakluk had kifayah) serta tidak berkemampuan untuk membiayai kos pengajian.

Cara Memohon Dermasiswa MAIAMP:

  • Bagi pelajar luar negara yang pernah menerima bantuan sebelum ini, sila semak kelayakan terlebih dahulu sebelum mendaftar;
  • Untuk permohonan kali pertama, sila muat turun Borang Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa Luar Negara MAIAMP;
  • Isi borang permohonan dengan lengkap;
  • Setelah dilengkapkan, sila scan dan emel kepada Pn. Sharifah di alamat sharifahnurulain@maiamp.gov.my;
  • Sila sertakan semua dokumen utama dan dokumen tambahan yang dinyatakan dalam borang permohonan;
  • Hanya borang yang lengkap akan diproses;
  • Sebarang pertanyaan berkaitan dermasiswa boleh diajukan kepada:
Bahagian Agihan Zakat,
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak

Indonesia, Morocco & Lain-lain Negara
No. Tel: 05 208 4000/4079/4088
Pn. Sharifah/ Pn. Hidayu

Mesir & Jordan
+201098569800
Ustaz Tasyreef
Dermasiswa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Tarikh tutup: 15 Februari 2019
Sumber: Portal MAIAMP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan