Tawaran Biasiswa PAM Inovar 2019 - Tawaran Biasiswa Malaysia 2019/2020

Breaking

Post Top Ad

Khamis, 31 Januari 2019

Tawaran Biasiswa PAM Inovar 2019

Biasiswa PAM Inovar 2019 ditawarkan kepada pelajar yang sedang melanjutkan program pengajian senibina sebagai kelayakan LAM Part 2 di universiti terpilih. Dengan nilai tajaan sebanyak RM7,500 untuk setiap calon, tajaan biasiswa pendidikan ini dianugerahkan kepada dua calon terpilih setiap tahun.

Berikut adalah senarai institusi terpilih untuk tajaan Biasiswa PAM Inovar:
  • Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (UTM);
  • Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam (UiTM);
  • Universiti Sains Malaysia (USM);
  • Universiti Malaya (UM);
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);
  • Universiti Putra Malaysia (UPM);
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);
  • Taylor's University (TU); atau
  • Mana-mana Universiti di Malaysia yang diakreditasikan oleh LAM.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa PAM Inovar:

  • Tajaan biasiswa ini terbuka kepada ahli berdaftar PAM yang sedang mengikuti program senibina Part 2 di institusi pengajian yang diakreditasikan oleh LAM;
  • Hanya permohonan daripada ahli berdaftar PAM yang berstatus 'Aktif' sahaja yang akan diproses, manakala selainnya tidak akan dilayan. Pemohon digalakkan mendaftar atau memperbaharui keahlian sebelum menghantar permohonan biasiswa tersebut;
  • Sila layari Sistem Keahlian PAM untuk mendaftar sebagai ahli.

Cara Memohon Biasiswa PAM Inovar:

  • Muat turun Borang Permohonan Biasiswa PAM Inovar 2019;
  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar beserta dokumen sokongan berikut:
    • 1 gambar foto berukuran pasport;
    • Butiran peribadi;
    • Transkrip akademik (semester terkini);
    • Dokumen sokongan (pendapatan isi rumah / portfolio / aktiviti kurikulum).
  • Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan:

  • PAM INOVAR SCHOLARSHIP AWARD 2019
    Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM)
    99L, Jalan Tandok, 59100 Bangsar,
    Kuala Lumpur, Malaysia

    Tel: 603-2202 2866
    Fax: 603-2202 2566
    Emel: scholarship@pam.org.my

Semua permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Fakulti untuk memastikan pemohon merupakan pelajar bona fide institusi tersebut.
Tawaran Biasiswa PAM Inovar 2019
Tarikh tutup: 30 Mac 2019
Sumber: PAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan