Tawaran Biasiswa Top Glove Foundation 2019 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tawaran Biasiswa Top Glove Foundation 2019

Biasiswa Yayasan Top Glove 2019 ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di institusi-institusi pengajian awam tempatan. Pemohon yang berjaya akan diberikan biasiswa berdasarkan bidang pengajian seperti berikut:
  • Sehingga RM 8000 setahun untuk bidang Seni, Undang-undang, Pengurusan;
  • Sehingga RM 9000 setahun untuk bidang Sains dan Kejuruteraan;
  • Sehingga RM 10000 setahun untuk bidang Perubatan dan Pergigian.

Senarai Program Tajaan Biasiswa Top Glove Foundation:

  • Kejuruteraan Mekanikal / Elektrikal / Kimia;
  • Kimia / Biokimia / Fizik / Matematik;
  • Sains Polimer / Sains Gunaan;
  • Perubatan;
  • Pergigian;
  • Perundangan;
  • Kewangan & Pengurusan Perniagaan;
  • Kejuruteraan Awam.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Yayasan Top Glove:

  • SPM/O-Level: 10A+/A dalam subjek berkaitan, termasuk bahasa Inggeris; atau
  • UEC: 3A; atau
  • STPM: PNGK minimum 3.5, pertimbangan berdasarkan subjek-subjek yang berkenaan;
  • Telah mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di universiti awam tempatan;
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum;
  • Belum mendapat tajaan biasiswa / pinjaman pelajaran daripada organisasi lain (termasuk PTPTN);
  • Latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.

Cara Memohon Biasiswa Top Glove Foundation:

  • Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Top Glove Foundation.
  • Lengkapkan borang permohonan bertulisan tangan. Borang yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  • Lampirkan salinan dokumen yang telah disahkan. Sila rujuk senarai semak dokumen yang diperlukan di dalam borang. Dokumen asal hanya perlu ditunjukkan ketika sesi temuduga.
  • Borang yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama dokumen sokongan kepada alamat berikut:

  • TOP GLOVE FOUNDATION
    Scholarship Application
    LOT 4969, BT 6, JLN TERATAI, OFF JLN MERU,
    41050 SELANGOR D.E. MALAYSIA.

    Tel: +603-3392 1992 / 1905
    Fax: +603-3392 1291 / 8410
    Email : tgscholarship@topglove.com.my

Pemohon yang berjaya dikehendaki untuk berkhidmat dengan TOP GLOVE GROUP OF COMPANIES berdasarkan tempoh tajaan yang diterima. Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan untuk menghadiri sesi temuduga.
Tawaran Biasiswa Top Glove Foundation
Tarikh tutup: Terbuka
Sumber: Top Glove Foundation

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)