Program Outreach Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2019 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Program Outreach Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2019

Akademi Laut Malaysia (ALAM) akan mengadakan program ‘Outreach’ yang juga berfungsi sebagai sebahagian proses pengambilan pelajar baru bagi program Kadet sesi Julai 2019 untuk calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018.

Justeru itu, satu sesi pengenalan kursus kerjaya di laut yang dikendalikan oleh ALAM dan Jabatan Laut Malaysia akan diadakan semasa program ‘Outreach’ ini, diikuti oleh ujian Kemasukan dan Penilaian khusus bagi calon yang berminat melanjutkan pengajian di ALAM sama ada di dalam Diploma Pengajian Nautika atau Diploma Kejuruteraan Marin.

Muat Turun Contoh Soalan Ujian Kemasukan dan Penilaian

Calon yang berminat dialu-alukan untuk melengkapkan butiran soal selidik di bawah dan hadir ke lokasi yang telah dipilih bagi menyertai proses pemilihan kemasukan ke ALAM (Pengambilan Julai 2019)*.

26.02.2019 – Kelantan Trade Center; Kota Bahru, KELANTAN
28.02.2019 – Swiss Inn Hotel; Sungai Petani, KEDAH
02.03.2019 – Dewan Utama Instiut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar, PERAK
05.03.2019 – Dewan Seminar, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu; Kuala Terengganu, TERENGGANU
07.03.2019 – Hotel Seri Malaysia; Kuantan, PAHANG
09.03.2019 – Dewan Seminar UTC Johor Bahru; Johor Bahru, JOHOR
12.03.2019 – Tang Dynasty Hotel; Kota Kinabalu, SABAH
14.03.2019 – Pullman Hotel; Miri, SARAWAK
16.03.2019 – Merdeka Palace Hotel; Kuching, SARAWAK
19.03.2019 – Dewan Utama Institut Latihan Pentadbiran dan Pengurusan Pengangkutan Laut; Pelabuhan Kelang, SELANGOR
21.03.2019 – Dewan Polaris Akademi Laut Malaysia (ALAM); Kuala Sungai Baru, MELAKA

Klik Sini Untuk Mengisi Borang Soal Selidik ALAM

Calon yang mempunyai kesesuaian tahap akademik dan fizikal seperti berikut digalakkan memohon dan mengikuti program ‘Outreach’ ini:
  • Lelaki atau Perempuan yang belum berkahwin, umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2019;
  • SPM dengan minima gred ‘C’ atau kredit yang lebih tinggi dalam 6 matapelajaran: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains (Sains Tulen / Sains Teknikal) diikuti oleh 2 mata pelajaran terbaik yang lain;
  • Sihat mental, fizikal dan tubuh badan;
  • Ketinggian minima adalah 158 cm dan berat minima adalah 48 kg bagi calon lelaki (‘Body Mass Index’ @ BMI: 18.5-24.9);
  • Ketinggian minima adalah 155 cm dan berat minima adalah 42 kg bagi calon perempuan (‘Body Mass Index’ @ BMI: 18.5-24.9);
  • Tidak buta warna (Penglihatan normal);
  • Memiliki penglihatan yang baik tanpa sebarang alat bantuan penglihatan bagi calon Pegawai Kadet Nautika (Kanta Sesentuh atau Kaca Mata);
  • Dengan alat bantuan penglihatan tidak melebihi 200 bagi calon Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin;
  • Pemegang kelayakan STPM, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan SPM tahun 2012 sehingga 2017 juga digalakkan memohon.
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian 06-3882305.

* Tertakluk kepada calon yang memenuhi syarat-syarat asas pengambilan, keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia dan tawaran rasmi daripada Akademi Laut Malaysia
Pengambilan Kadet Akademi Laut Malaysia ALAM Cadetship
Tarikh tutup: 21 Mac 2019
Sumber: ALAM

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)