Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2019/2020 untuk Lepasan SPM / STPM / Setaraf - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2019/2020 untuk Lepasan SPM / STPM / Setaraf

Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Sesi Akademik 2019/2020 akan mula dibuka mulai 25 Februari 2019 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 02 April 2019 jam 11.59 malam. Iklan permohonan akan disiarkan pada hari Ahad sebanyak dua (2) kali iaitu pada 24 Februari 2019 dan 24 Mac 2019.

Berdasarkan Surat Pekeliling Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) yang bertarikh 14 Januari 2019, UPUOnline hanya akan memaparkan senarai program pengajian / kursus yang layak dimohon oleh pelajar sebaik sahaja keputusan SPM 2018 diumumkan. Semua calon yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) dengan menggunakan No. Unik ID yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN sehari selepas iklan disiarkan. Pemohon perlu membawa MyKad / Salinan MyKad untuk membeli No. Unik ID.

Tarikh-tarikh Penting Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2019/2020:

  • 25 Februari 2019: Jualan Unik ID Dibuka. Permohonan UPUOnline Dibuka.
  • 01 April 2019: Jualan Unik ID Ditutup.
  • 02 April 2019: Permohonan UPUOnline Ditutup.
  • 17 - 20 April 2019: Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM.
  • 21 - 29 April 2019: Proses Temuduga Lepasan SPM Dijalankan.
  • 10 - 14 Mei 2019: Semakan Panggilan Ujian MEdSI & Semakan Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf.
  • 15 - 19 Mei 2019: Ujian MEdSI Dijalankan.
  • 15 Mei - 28 Jun 2019: Proses Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (Tertakluk Kepada UA).
Permohonan UPUOnline Lepasan SPM STPM.

Cara Memohon UPUOnline:

  1. Beli No. Unik ID di BSN. Jangan dedahkan No. Unik ID anda kepada orang lain kerana ia adalah SULIT.
  2. Pastikan kategori anda (SPM / STPM / Matrikulasi / Diploma).
  3. Buka Portal Rasmi UPUOnline di http://upu.moe.gov.my.
  4. Semak Panduan dan Syarat Permohonan dengan teliti.
  5. Isi permohonan secara online.
  6. Pastikan anda mengisi setiap maklumat yang bertanda * dengan lengkap.
  7. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan.
  8. Isi sehingga habis.
  9. Klik 'Sah & Hantar'.
  10. Cetak slip permohonan untuk rujukan.
  11. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  12. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had dan sebaiknya dibuat sebelum tempoh permohonan ditutup.
Semua aduan dan pertanyaan berkaitan kemasukan pelajar ke IPTA hanya akan dilayan melalui saluran rasmi di http://upu.moe.gov.my.
Tarikh tutup: 2 April 2019
Sumber: UPUOnline

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)