Pinjaman Pendidikan Program Pembangunan Profesional MARA 2019 - Tawaran Biasiswa Malaysia 2019/2020

Breaking

Post Top Ad

Khamis, 14 Februari 2019

Pinjaman Pendidikan Program Pembangunan Profesional MARA 2019

Program Pembangunan Profesional (Professional Development Programme - Pro-P) 2019 merupakan tawaran pinjaman pendidikan MARA kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Profesional / Pakar di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara.

Senarai Bidang Pengajian Program Pembangunan Profesional MARA:

Dalam abad ke-21, inovasi sains dan teknologi telah menjadi keutamaan seiring dengan cabaran globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan. Selari dengan itu, bidang STEM menjadi keutamaan bagi menangani cabaran masa hadapan yang kompetitif dan mencabar bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga serantau dan global.

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  1. Perakaunan: Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) & Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)
  2. Perubatan: Paediatrics, Radiology, Opthalmology, Oncology, Psychiatry, Obstetrics & Gynaecology, Cardiothoracic Surgery, Orthopaedic Surgery, Surgery & Nuclear Medicine
  3. Pergigian: Oral Surgery, Orthodontic, Periodontology, Paediatric Dentistry, Restorative Dentistry, Oral Pathology & Oral Medicine & Forensic Dentistry

Syarat Kelayakan Permohonan Program Pembangunan Profesional MARA:

Syarat Kelayakan Umum:
  • Pemohon adalah berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • Umur pemohon tidak melebihi 40 tahun (Dalam Negara) atau 35 tahun (Luar Negara) pada 31 Disember 2019;
  • Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2019;
  • Salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • Pengajian Dalam Negara: Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Badan-Badan Profesional;
  • Pengajian Luar Negara: Mendapat tawaran tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara daripada 10 Universiti Terbaik mengikut Negara DAN 30 Universiti Terbaik Dunia mengikut Bidang (Top 10 Universities by Countries AND Top 30 World Ranking University by Subjects) di bawah QS World University Ranking 2019. Walaubagaimanapun pertimbangan kepada pemilihan universiti juga tertakluk kepada keperluan pendidikan dan keperluan industri;
  • Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti;
  • Tidak mendapat bantuan kewangan / tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama;
  • Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan;
  • Pemohon / Ibu / Bapa / Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA;
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik / disiplin;
  • Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.
Syarat Kelayakan Akademik:
  • Profesional: Perakaunan (ACCA & CIMA)
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya; DAN
    • ACCA: 4 kertas terakhir sahaja atau 1 tahun pengajian;
    • CIMA: 3 kertas terakhir sahaja;
    • Sekiranya tidak mencukupi syarat ACCA / CIMA di atas, pengalaman kerja selama 3 tahun didalam bidang berkaitan boleh dipertimbangkan.
  • Pakar: Perubatan
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan / Ijazah Sarjana Perubatan yang diiktiraf; DAN
    • Memiliki pengalaman sebagai pegawai perubatan dalam bidang berkaitan selama 4 tahun;
    • Tempoh pengajian adalah 2-4 tahun.
  • Pakar: Pergigian
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pergigian / Ijazah Sarjana Pergigian yang diiktiraf; DAN
    • Memiliki pengalaman sebagai pegawai pergigian dalam bidang berkaitan selama 4 tahun.

Cara Memohon Pinjaman Pelajaran Program Pembangunan Profesional MARA:

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari portal rasmi MARA mulai 15 Februari sehingga 25 Februari 2019;
  • Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya;
  • Semua keputusan adalah muktamad;
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:
  • Bahagian Penganjuran Pelajaran
    Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA,
    21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

    Telefon: 03-2613 2059 / 35032 / 32067
    Emel: pascasiswazah@mara.gov.my
Pinjaman Pendidikan Program Pembangunan Profesional MARA
Tarikh tutup: 25 Februari 2019
Sumber: Portal MARA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan