Tawaran Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) Peringkat Sarjana & Ph.D Sesi Pengajian 2019/2020 - Tawaran Biasiswa Malaysia 2019/2020

Breaking

Post Top Ad

Sabtu, 16 Februari 2019

Tawaran Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) Peringkat Sarjana & Ph.D Sesi Pengajian 2019/2020

Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2019/2020 ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negara secara sepenuh masa. Permohonan dibuka mulai 15 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (Ph.D) setiap tahun.

Syarat Kelayakan Umum Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) 2019:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat Kelayakan Khusus Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA):

  • Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  • Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
  • Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
  • Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau di universiti terkemuka dunia mengikut bidang yang dipersetujui oleh JPA seperti di Lampiran B2;
  • Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran B3; dan
  • Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Cara Memohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong:

Semua pertanyaan mengenai BYDPA Sesi Pengajian 2019/2020 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3546 / 3053 / 3438 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat penawaranldp@jpa.gov.my .
Tawaran Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) Scholarship
Tarikh tutup: 15 Mac 2019
Sumber: Portal JPA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan