Loading...
17 Maret 2013
57 Senarai Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2013

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2013 bagi peringkat ijazah Sarjana Muda.

Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2013 yang berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang akan atau sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di IPTA mahupun IPTS dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pelajar lepasan STPM / Asas / Matrikulasi / Diploma yang tamat minimum PNGK 3.75 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam negara yang mencapai minimum PNGK 3.75 dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
  • Sekurang-kurangnya Kepujian Tertinggi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
  • Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam kokurikulum (terutama di peringkat luar sekolah /universiti).
Tarikh tutup: 29 Mac 2013

Kadar Biasiswa: Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:
  • Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh universiti.
  • Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.
  • Elaun Buku bernilai RM500 / semester.
  • Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amali / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).
  • Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).
Cara Memohon:
  • Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman boleh dimuat turun daripada laman web Yayasan Tunku Abdul Rahman di www.yayasantar.org.my
  • Semua permohonan daripada pemohon yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di IPT tempatan dalam negara mesti mendapat ulasan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi program pemerhatian dan temuduga.

Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.


Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi

0 komen:

Poskan Komentar

 
Toggle Footer
KE ATAS