Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat 2013

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat 2013 ditawarkan bagi peringkat pengajian doktor falsafah (Ph.D), Sarjana (Master), Profesional, Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institut Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

PPBU Yayasan Bank Rakyat 2013 ditawarkan kepada pemohon yang mendapat tempat dan sedang mengikut pengajian di tahun pertama di IPTA / IPTS di dalam negara yang diiktiraf oleh kementerian yang berkaitan dengan pengajian tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga ILA / ILS.

* Berikut merupakan bidang pengajian yang diberi keutamaan:
  • Perakaunan;
  • Perbankan;
  • Pengurusan Perniagaan;
  • Sumber Manusia;
  • Ekonomi;
  • Komunikasi Media;
  • Undang-undang;
  • Sains Aktuari.
* PHD, Sarjana, Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK dan Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan.

Tarikh tutup: 30 September 2013
Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat 2013 | Study Loans

Syarat Kelayakan:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan semasa menerima tawaran;
  • Umur tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian;
  • Tidak muflis;
  • Telah disahkan mendapat tempat pengajian / latihan secara sepenuh masa di IPTA / IPTS / ILA / ILS;
  • Terbuka kepada pelajar tahun pertama pengajian;
  • Pelajar yang memohon hendaklah mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat;
  • Mengikuti pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.
Syarat Kelayakan Akademik:
  • Peringkat Ph.D, pemohon perlu mempunyai PNGK 3.0 ke atas di peringkat Sarjana (master);
  • Peringkat Sarjana, pemohon perlu mendapat PNGK 3.0 ke atas di peringkat Ijazah Sarjana Muda;
  • Peringkat Ijazah Pertama, pemohon perlu berkelulusan:
    • PNGK 3.0 ke atas di peringkat Diploma / STPM, ATAU
    • STAM yang setara dengan STPM, ATAU
    • Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0.
  • Peringkat Diploma, pemohon berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 5A dan 4B(tiada gred C dan ke atas);
  • Pemohon yang mengikuti latihan Sijil Kemahiran:
    • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah / sedang menduduki tahap 2, ATAU
    • Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM.
Cara Memohon:
  • Permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat 2013 hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan www.yayasanbankrakyat.com.my;
  • Sebelum membuat permohonan, pemohon dikehendaki mendapat tawaran kemasukan IPTA / IPTS terlebih dahulu;
  • Pemohon dikehendaki mendaftar akaun portal di Laman Web Yayasan Bank Rakyat bagi mengisi borang permohonan di E-borang;
  • Selepas pengisian E-borang, pemohon diminta mencetak dokumen sebagai simpanan peribadi;
  • Selepas tarikh permohonan ditutup, pemohon dikehendaki menjawab kuiz (pengetahuan am);
  • Pemohon yang berjaya mendapat tajaan akan dimaklumkan melalui Laman Web Yayasan Bank Rakyat dan juga surat tawaran melalui pos.
Semoga berjaya :)


Sumber: Yayasan Bank Rakyat

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)