Pinjaman Boleh Ubah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Pinjaman Boleh Ubah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Pinjaman Boleh Ubah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kini menawarkan bantuan pendidikan untuk program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi Pengambilan Mei Kali Ke-2 Sesi 2013/2014.

Pinjaman Boleh Ubah UNITEN ini dibuka untuk semua bidang yang ditawarkan oleh Pihak Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Tarikh tutup permohonan online: 15 Jun 2013
Tarikh tutup penghantaran dokumen: 28 Jun 2013
Tawaran Pinjaman Boleh Ubah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Peringkat Ijazah Sarjana Muda | Study Loan
Syarat Kelayakan:
  • Lulus Peringkat Asasi (Foundation) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) dalam bidang yang berkaitan;
  • Syarat tambahan:
    • Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2013;
    • Mendapat tempat di UNITEN;
    • Calon diwajibkan menghantar salinan surat tawaran peringkat Sarjana Muda dari Universiti dan melengkapkan Bahagian A – Senarai Semak
    • Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA;
    • Pendapatan ibu bapa diambilkira dalam menentukan jenis Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan, iaitu sama ada bantuan penuh atau separa. (Sila lihat Lampiran 1) ;
    • Pelajar yang memohon hanya untuk pengambilan Peringkat Ijazah Sarjana Muda (Pengambilan Mei 2013) sahaja dan telah mendapat tempat di UNITEN;
    • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon.
Cara Memohon:
  • Pemohon boleh membuat permohonan secara online (sila rujuk Manual Pengisian Borang Secara Online);
  • Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan dihantar kepada alamat berikut:

  • Pengarah,
    Yayasan Tenaga Nasional,
    Peti Surat 70,
    Pejabat Pos Bandar Baru Bangi,
    43650 Bandar Baru Bangi,
    Selangor Darul Ehsan
Bilangan Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan adalah terhad. Para pelajar sangat digalakkan untuk memohon awal. Hanya pemohon yang tersenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut mengenai perkara-perkara yang berkaitan:

Hal-Hal Berkenaan Penajaan
Puan Roba’aiyah Binti Abdul Ghani (03-89247516)
Encik Mohd Nasir bin Ali (03-89247519)
Encik Mohd Hakimi bin Abdul Manaf (03-89247524)
Encik Nasir bin Yusof (03-89247533)

Hal-Hal Berkenaan Masalah Teknikal / Sistem Online
Encik Mohd Jafi bin Ismail (03-89247523)
Puan Noor Marhamah binti Wahab (03-89247543)



Sumber: Student Application Management (SAM) System, Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)